Permohonan Rumah Perakku 2018 Online Rumah Mampu Milik

Permohonan Rumah Perakku 2018 Online Rumah Mampu Milik|BILAKAH tarikh permohonan Rumah Perakku Rumah Mampu Milik 2018 dibuka? Berita baik buat warga Perak yang berminat dan berkelayakan memiliki rumah idaman sendiri di negeri Perak. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Perakku 2018 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (PLHP).

Permohonan Rumah Perakku 2018 Online Rumah Mampu Milik

Permohonan Rumah Perakku 2018 Online Rumah Mampu Milik

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Rumah Perakku 2018 Online

1. Borang permohonan Program Rumah
    Perakku boleh didapati secara online
    menerusi pautan
    di http://lphp.perak.gov.my/borang.php

2. Sila pastikan borang permohonan diisi
    dengan betul dan lengkap.

Kategori Rumah Dipohon

Berikut adalah kategori rumah yang boleh dipohon:

1. Perakku Belia
2. Sewa
3. Rumah Perakku
4. My Beautiful New Home
5. Rumah Transit Belia
6. Program Perumahan Rakyat
7. Perwira

Pra Syarat Permohonan Rumah Perakku

Antara syarat permohonan Rumah Perakku adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2. Pemohon yang belum memiliki rumah sendiri.

3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan.


Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan terbaru Pemohon dan isteri / suami.
2. Salinan Sijil Nikah / Daftar Perkahwinan.
3. Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
4. Salinan Sijil Kematian / Penceraian Sekiranya pemohon berstatus Balu/ Duda/ Janda.
5. Salinan Slip Gaji Terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri / suami.
6. Surat pengesahan dan Perakuan Pendapatan Bulanan Pemohon dan Isteri / suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
7. Sekeping Gambar Warna Ukuran Pasport (Terbaru).

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan penghantaran borang, sila kemukakan kepada :-

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Tel : 05-209 5000
Fax : 05-253 0001

Selamat membuat permohonan Rumah Perakku Rumah Mampu Milik 2018 secara online!

No comments

Powered by Blogger.