Permohonan SPAKK Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2019

Permohonan SPAKK Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2019|BILAKAH tarikh permohonan SPAKK (tabika/taska) tahun 2019 dibuka? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) ambilan 2019. Untuk makluman anda, permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2019 boleh dibuat secara online mulai 22 Oktober hingga tarikh tutup 5 November 2018.

Permohonan SPAKK Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2019

Permohonan SPAKK Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak

◾Tarikh Permohonan: 22 Oktober hingga 5
     November 2018
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 http://ejawatan.totalconfigure.com/

Cara Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak

1. Pemohon boleh layari secara online menerusi pautan di http://ejawatan.totalconfigure.com/.

2. Pemohon tidak boleh mengisi lebih mengisi daripada satu permohonan.

Syarat Kelayakan Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Antara syarat kelayakan permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Umur tidak melebihi 35 tahun ke atas
◾Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan
◾Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan
◾Telah menamatkan pengajian dan memiliki diploma serta transkrip
◾Nilai CGPA 2.70 ke atas
◾Tidak berkhidmat sebagai kakitangan awam kerajaan

Maklumat Am Permohonan Kursus SPAKK

◾Calon yang berjaya akan ditempatkan berkursus di Pusat Latihan KEMAS

◾Tempoh kursus adalah selama tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh jabatan

◾Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan diletakkan mengikut kekosongan dan keperluan di seluruh
negeri

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Guru Tabika KEMAS 2019

Selamat membuat permohonan SPAKK Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.