Permohonan Tabika Kemas 2019 Online

Permohonan Tabika Kemas 2019 Online|BILAKAH tarikh permohonan Tabika Kemas 2019 dibuka? Panduan buat ibu bapa dan penjaga yang berminat membuat permohonan kemasukan anak-anak ke Tabika Kemas tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Tabika Kemas 2019 telah dibuka secara online mulai bulan Jun hingga tarikh tutup bulan Oktober 2018.

Permohonan Tabika Kemas 2019 Online

Sedia maklum, pendaftaran Tabika Kemas adalah terbuka kepada anak-anak yang berusia 5 - 6 tahun dan mencukupi syarat kemasukan.

Permohonan Tabika Kemas 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi dan tarikh permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Tabika Kemas

◾Tarikh Permohonan: Mulai bulan Jun
     hingga Oktober 2018
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 TABIKA KEMAS

Cara Permohonan Tabika Kemas 2019

1. Pemohon perlu memuat turun borang
    permohonan menerusi pautan seperti
    berikut:
KLIK 👉 TABIKA KEMAS

Syarat Kemasukan Tabika Kemas 2019

Antara syarat kemasukan Tabika Kemas 2019 adalah seperti berikut:

1. Kanak-kanak yang mempunyai status
    Warganegara Malaysia sahaja.
2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4
    hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-
    kanak berumur 5 dan 6 tahun).
3. Permohonan kemasukan ke Tabika
    KEMAS tahun 2019 akan dibuka mulai
    Jun hingga Oktober 2018.
4. Borang permohonan boleh dimuat turun
    melalui portal Jabatan Kemajuan
    Masyarakat (http://www.kemas.gov.my)
    serta di semua Tabika KEMAS.
5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah
    kelas adalah terhad iaitu seramai 25
    orang sahaja.
6. Borang pendaftaran yang telah lengkap
    diisi beserta dokumen yang berkaitan
    hendaklah dihantar terus ke Tabika
    KEMAS yang berdekatan.
7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika
    akan mengeluarkan surat jawapan
    Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga
    kanak-kanak yang terlibat.
8. Surat pemberitahuan permohonan
    Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat
    lewatnya pada minggu kedua bulan
    November 2018.

Dokumen Penting

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran:

1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Selamat membuat permohonan Tabika Kemas tahun 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Tabika Kemas!

No comments

Powered by Blogger.