Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) 2018

Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) 2018|ADAKAH anda warga emas yang bermastautin atau menetap di negeri Johor? Panduan buat warga emas yang berumur 60 hingga 69 tahun yang ingin membuat permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) tahun 2018. Berikut dikongsikan cara permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor 2018 buat panduan anda.

Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) 2018

Sedia maklum, borang permohonan hanya boleh didapati melalui Pejabat DUN atau Pusat Khidmat Masyarakat di tempat anda.

Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ) 2018

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Panduan Mengisi Borang Takaful Warga Emas Negeri Johor

1. Borang permohonan hanya boleh didapati melalui Pejabat DUN atau Pusat Khidmat Masyarakat di tempat anda.

2. Setiap borang permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Mykad pemohon, Mykad waris pemohon dan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (Jika OKU).

3. Pendaftaran ahli dibuat hanya sekali sahaja di pejabat DUN berdekatan.

Syarat Kelayakan Permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor

Antara syarat kelayakan permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor adalah seperti berikut:

1. Warga emas yang berumur 60 hingga 69 tahun.

2. Waris - Penerima manfaat pengkebumian RM 1,000.

3. Pemohon untuk warga emas yang telah meninggal dunia tidak layak.

4. Warga emas adalah warganegara Malaysia dan lahir/ menetap di Johor.

5. Bermastautin di negeri Johor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun.

Selamat membuat permohonan Takaful Warga Emas Negeri Johor tahun 2018!

No comments

Powered by Blogger.