Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 MLM

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 MLM|NANTIKAN program realiti pertandingan komedi popular terbaru berjudul Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 yang bakal menemui anda tidak lama lagi. Menampilkan 14 peserta yang terdiri 2 peserta solo, 4 kumpulan duo dan 8 kumpulan trio. Peserta solo terdiri daripada Dany Beler dan Hilmy Ashley disaingi peserta duo dari kumpulan Taman, Shiro, Puteh dan 2B. Manakala, peserta trio terdiri kumpulan Bocey, Abata, Joras, Kiut, Masin, Abioso, Zero dan Chilok. Program MLM 2018 akan bersiaran selama 12 minggu mulai 2 November 2018 setiap hari Ahad jam 10 malam menerusi saluran Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124), Astro GO and On demand.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 MLM

Selebriti terkenal, Datuk AC Mizal masih menjadi pengacara program kali ini bersama tiga juri tetap yang akan diumumkan. Juara MLM 2018 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000, tempat ketiga RM150,000, tempat keempat RM50,000 dan tempat kelima RM15,000 berserta trofi.

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2018 MLM

Berikut dikongsikan senarai 14 peserta Maharaja Lawak Mega 2018 yang terdiri daripada peserta solo, duo dan berkumpulan:

Peserta Solo
1. Hilmy Ashley
2. Dany Beler

Duo
3. Taman
4. Shiro
5. Puteh
6. 2B

Kumpulan
7. Bocey
8. Abata
9. Joras
10. Zero
11. Kiut
12. Chilok
13. Abioso
14. Masin

Hos/ Pengacara MLM
◾Datuk AC Mizal

Hadiah dan Ganjaran Maharaja Lawak Mega

◾Juara: RM 500,000
◾Naib Juara: RM 250,000
◾Ketiga: RM 150,00
◾Keempat: RM 50,000
◾Kelima: RM 15,000

Artikel Berkaitan:

👉 Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2018

Siapakah bakal merangkul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) tahun 2018? Sama-sama kita saksikan MLM secara langsung di Astro mulai 2 November ini!

No comments

Powered by Blogger.