Cara Bayaran Saman Trafik PDRM Online

Cara Bayaran Saman Trafik PDRM Online|ANDA pernah membuat bayaran saman trafik PDRM? Bagaimana cara membuat semakan dan bayaran saman trafik secara online? Panduan buat anda yang ingin membuat bayaran saman trafik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) secara online. Berikut dikongsikan cara bayaran saman trafik PDRM buat panduan anda.

Cara Bayaran Saman Trafik PDRM Online


Cara Bayaran Saman Trafik PDRM Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara bayaran saman trafik PDRM. Antara kaedah bayaran Saman Trafik PDRM adalah seperti berikut:

A. Melalui Internet

Bayaran boleh dibuat melalui Portal seperti berikut:
👉 www.myeg.com.my dengan menggunakan mod bayaran Kad Debit/ Kad Kredit
👉 www.rilek.com.my

Info:
* Semua bayaran saman akan dikenakan caj sebanyak RM 2.00 bagi setiap satu transaksi.

B. Melalui Kaunter ( Mod bayaran digunakan adalah Tunai, Kad Debit dan Kredit)

i. Kaunter Trafik COPS
Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah.

ii. Kaunter JPJ yang terpilih
- JPJ Johor Bharu
- JPJ Kuantan
- JPJ Seberang Prai Tengah (SPT)
- JPJ Ipoh
- JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
- JPJ Padang Jawa, Selangor
- JPJ Kuala Terengganu

iii. Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah
- TERMINAL ONE Seremban
- PERANGIN MALL Pulau Pinang
- QUEENSBAY MALL Pulau Pinang
- JAYA JUSCO Ipoh
- THE CURVE Petaling Jaya
- IOI MALL Puchong

C. Melalui Mesin ATM Maybank
       
Bayaran boleh dibuat seperti langkah-langkah berikut :

Langkah 1
> Pilih 'PayBills' pada menu utama

Langkah 2
> Pilih 'Pembayaran Saman PDRM'

Langkah 3
> Masukkan Nombor Kad Pengenalan Baru

Langkah 4
> Pilih akaun untuk bayaran

Langkah 5
> Pilih saman perlu dibayar

Info:
* Semua bayaran saman tidak dikenakan caj perkhidmatan
* Pra-pendaftaran tidak diperlukan

Kadar Kompaun Saman Trafik PDRM

Berikut adalah kadar kompaun saman trafik PDRM adalah seperti berikut:

KLIK 👉 Kadar Saman Trafik PDRM 2018

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ

Semoga perkongsian Cara Bayaran Saman Trafik PDRM Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.