Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM

Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM|BILAKAH tarikh semakan keputusan MRSM tahun 2019? Panduan buat anda yang gagal dalam permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ambilan 2019. Berikut dikongsikan format dan contoh surat rasmi permohonan rayuan MRSM buat panduan pelajar.

Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM

Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan format dan contoh surat rasmi permohonan rayuan MRSM:

Zaharah Binti Mohamad
No. 123 Jalan Semarak
80990 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

                                                   20 Januari 2019

Tuan/Puan,

Per: Rayuan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2019

Merujuk kepada perkara diatas, saya waris kepada Amirah Binti Yahya ingin membuat permohonan rayuan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 bagi tahun 2019.

2. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2018 yang lalu, bahawa anak saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua matapelajaran yang diambil. Berikut adalah butiran mengenai anak saya seperti dinyatakan dibawah:

◾Nama Pemohon: __________
◾Nama Sekolah: ______________
◾No. Kad Pengenalan: _____________
◾No. Angka Giliran UPSR: _____________

3. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga aktif dalam kegiatan kokurikulum dengan melibatkan badan unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS), Persatuan Unit Bimbingan Kaunseling serta sukan bolasepak di peringkat Daerah.

4. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan anak saya ini seterusnya memberi peluang menempatkan anak saya di MRSM.

5. Segala pertimbangan dari pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih,

Yang Benar,

..............................................
(ZAHARAH BINTI MOHAMAD)

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1

Semoga perkongsian Contoh Surat Permohonan Rayuan MRSM ini dijadikan rujukan buat semua pelajar!

No comments

Powered by Blogger.