Contoh Surat Rayuan Haji 2022M/ 1443H



Contoh Surat Rayuan Haji 2022M/ 1443H|ADAKAH anda telah membuat permohonan Haji tahun 2022/ 1443H? Pertama kali tahniah diucapkan kepada pemohon Haji yang berjaya mendapat tawaran Haji tahun 2022. Bagi pemohon yang gagal dalam tawaran haji tahun 2022, pemohon boleh membuat permohonan Rayuan Haji tahun 2022. Berikut dikongsikan Contoh Surat Rayuan Haji 2022 buat rujukan anda.

Contoh Surat Rayuan Haji 2019M/ 1440H

Untuk makluman anda, permohonan rayuan dibuka kepada semua bakal haji yang telah mendaftar dengan Tabung Haji tetapi masih belum menerima surat panggilan giliran untuk ibadah haji tahun semasa. Bagi yang gagal dalam mendapat tawaran Haji tahun 2022 anda boleh membuat rayuan dengan alasan yang munasabah beserta format surat rasmi yang lengkap.

Contoh Surat Rayuan Haji 2022M/ 1443H

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan contoh surat rayuan Haji tahun 2022:

Contoh Surat Rayuan 1

Tarikh:                                 

Nama Pemohon:
Alamat Pemohon:
Alamat Surat Menyurat:

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK MEMPEROLEH PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN 1443H/ 2022M

NAMA:                      
NO. KAD PENGENALAN:                      
NO. AKAUN TABUNG HAJI:                      
NO. DAFTAR:                      

Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas,

2. Saya telah membuat pendaftaran haji dan disenaraikan pada tahun 2022M/ 1443H. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap dan merayu dengan sepenuh hati saya untuk meminta jasa baik pihak Tabung Haji dapat menawarkan penempatan kepada saya untuk menunaikan fardhu haji pada tahun 2022 M/ 1443H.

3. Ini adalah kerana (dibawah ini adalah contoh saya). Ketika ini kami dikurniakan kesihatan yang baik dan masih muda. Jadi dengan ini kami mengambil masa untuk menunaikan haji pada tahun 2022M.

4. Kerjasama dan jasa baik tuan amat kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang Benar,

......................................
RAIF BIN ABDULLAH
(No. KP:                      )

Contoh Surat Rayuan 2

Tarikh:                                 

Nama Pemohon:
No. Akaun Tabung Haji:
No. Telefon:
Alamat Pemohon:

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK MENUNAIKAN IBADAH HAJI BAGI TAHUN 1443H/ 2022M

NAMA:                      
NO. KAD PENGENALAN:                      
NO. AKAUN TABUNG HAJI:                      
NO. DAFTAR:                      

Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas,

Dengan ini, saya pemegang akaun Tabung Haji seperti tertera di atas memohon agar dipertimbangkan bagi menunaikan haji 2022M/ 1443H atas sebab-sebab seperti berikut:

2. Tarikh yang ditentukan oleh Tabung Haji adalah terlalu lama iaitu pada 2030M/ 1451H. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap dan merayu dengan sepenuh hati saya untuk meminta jasa baik pihak Tabung Haji dapat menawarkan penempatan kepada saya untuk menunaikan haji pada tahun 2022/ 1443H.

3. Selain itu, keadaan kini kami dikurniakan kesihatan yang baik dan mempunyai kewangan yang mencukupi.
Jadi dengan ini kami mengambil masa untuk menunaikan haji pada tahun 2022M.

4. Kerjasama dan jasa baik tuan amat kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang Benar,

......................................
RAIF BIN ABDULLAH
No. KP:                     

Info Penting:
*Untuk makluman anda, rayuan dan alasan yang dikongsikan ini hanyalah salah satu contoh yang munasabah. Pemohon boleh membuat pelbagai alasan selagi ia masih kukuh dan munasabah.

Artikel Berkaitan:

👉 Kadar Dividen dan Bonus Tabung Haji
👉 Jadual dan Lokasi Kursus Asas Haji

Info Lanjut

Surat permohonan rayuan Haji yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

Email: th-info@lth.gov.my atau:-
Cawangan Pejabat Tabung Haji

Semoga perkongsian Contoh Surat Rayuan Haji 2022/ 1443H ini dijadikan panduan buat semua bakal jemaah Haji!

No comments

Powered by Blogger.