Pendaftaran Pas Pengangkutan Awam Bulanan RM100 Tahun 2019

Pendaftaran Pas Pengangkutan Awam Bulanan RM100 Tahun 2019|APA itu Pas Pengangkutan Awam RM 100? Dalam pembentangan Bajet 2019 baru-baru ini, Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah memperkenalkan pas bulanan pengangkutan awam RM 100 tanpa had perjalanan dan pas bulanan bas berjumlah RM 50 yang bakal berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019. Berikut dikongsikan cara pendaftaran Pas Bulanan Pengangkutan Awam RM 100 buat panduan anda.

Pendaftaran Pas Pengangkutan Awam Bulanan RM100 Tahun 2019

Sedia maklum, Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari berharga RM100 boleh digunakan di semua perkhidmatan rel Rapid termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel serta BRT Sunway dan semua perkhidmatan bas kendalian Rapid di Lembah Klang. Manakala, Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari berharga RM50 pula adalah digunakan untuk semua bas kendalian Rapid di Lembah Klang.

Pendaftaran Pas Pengangkutan Awam Bulanan RM100 Tahun 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara atau panduan pendaftaran Pas Bulanan Pengangkutan Awam RM 100 + RM 50:

Cara Pendaftaran Pas Pengangkutan Awam Bulanan

1. Pendaftaran Pas Bulanan Pengangkutan Awam RM 100 ini terbuka untuk pemegang MyKad, MyTentera dan MyKid yang berusia 7 hingga 12 tahun.

2. Pas bulanan tersebut boleh didapati di semua stesen LRT dan MRT, dan juga di perhentian bas Shah Alam, Greenwood (Gombak) Sri Nilam (Ampang), dan terminal Kajang.

3. Pas bulanan dijangka boleh dimohon pada bulan Disember 2018.

Semoga perkongsian Pendaftaran Pas Pengangkutan Awam Bulanan RM100 Tahun 2019 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.