Pengambilan Jawatan Konstabel Polis YA1 dan YT1 2018

Pengambilan Jawatan Konstabel Polis YA1 dan YT1 2018|BILAKAH tarikh pengambilan jawatan Konstabel Polis YA1 dan YT1 dibuka? Perhatian buat anda yang berminat menjadi sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Untuk makluman anda, pengambilan jawatan Konstabel Polis YA1 dan YT1 siri 2/2018 untuk lelaki sahaja bakal dibuka di beberapa tempat di seluruh negara. Berikut dikongsikan pengambilan jawatan Konstabel Polis YA1 dan YT1 bagi Siri 2/2018 buat panduan anda.

Pengambilan Jawatan Konstabel Polis YA1 dan YT1 2018

Pengambilan Jawatan Konstabel Polis YA1 dan YT1 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting pengambilan jawatan Konstabel Polis  yang memaparkan syarat kelayakan, dokumen penting dan lokasi & masa eksesais :

Syarat Kelayakan Eksesais Pengambilan PDRM

A. Asas Kelayakan Fizikal

Umur Maksimum : Tidak lebih 27 tahun pada 28 November 2018
Tinggi Minimum : 163cm dan ke atas
Berat Minimum : 50kg dan ke atas
BMI : julat 19.0 hingga 29.0
Ukuran Dada : 81cm (biasa), 86cm (tarik nafas)

B. Asas Kelayakan Akademik

- Konstabel Polis YA1
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan Setaraf dengannya iaitu mendapat ;
ii. Dua subjek kepujian termasuk subjek bahasa Melayu
iii. Dan empat subjek lain LULUS

- Konstabel Polis YT1
i. Lulus Penilaian Tahap 3 (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan Setaraf dengannya iaitu mendapat ;
ii. Kepujian dalam bahasa Melayu untuk PT3
iii. Kepujian dalam bahasa Melayu untuk PMR
iv. Dan empat subjek lain LULUS termasuk Matematik

Lokasi Temuduga Eksesais Pengambilan Konstabel Siri 2/2018

Berikut dikongsikan lokasi dan tarikh eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Siri 2/2018:

Pengambilan Jawatan Konstabel Polis YA1 dan YT1 2018

Pengambilan Jawatan Konstabel Polis YA1 dan YT1 2018

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting Pemeriksaan Fizikal PDRM Siri 2/2018 adalah seperti berikut:

1. Kad pengenalan asal dan dua (2) salinan
2. Sijil kelahiran asal dan dua (2) salinan
3. Sijil PMR atau PT3 dan satu salinan untuk calon konstabel Polis YT1
4. Sijil SPM asal dan 1 salinan untuk calon Konstabel Polis YA1
5. Sijil berhenti sekolah asal dan satu (1) salinan
6. Satu salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau satu salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau satu salinan sijil kematian ibu dan bapa
7. Satu salinan Sijil Nikah atau Surat Cerai dan sijil kelahiran anak bagi calon yang telah berkahwin
8. Dua keping gambar terkini (berkemeja atau berkolar) saiz berukuran passport
9. Pen dakwat hitam dan gam

Selamat membuat permohonan Jawatan Konstabel Polis YA1 dan YT1 Siri 2/2018! Moga anda berjaya mendapat tawaran jawatan Konstabel Polis!

No comments

Powered by Blogger.