Permohonan Asrama Malaysia 2019 (AMal) Online

Permohonan Asrama Malaysia 2019 (AMal) Online|BILAKAH tarikh permohonan Program Asrama Malaysia tahun 2019 bakal dibuka? Panduan buat anda berminat membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Program Asrama Malaysia (AMal) ambilan 2019. Untuk makluman anda, permohonan Program Asrama Malaysia 2019 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup bulan Disember 2018.

Permohonan Asrama Malaysia 2019 (AMal) Online

Sedia maklum, permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2019 dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2018 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) dan bagi murid Tingkatan 3 tahun 2018 yang bersekolah di semua sekolah menengah di seluruh negara.

Permohonan Asrama Malaysia 2019 (AMal) Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Asrama Malaysia

Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:

Tingkatan 1: 6 Disember 2018
Tingkatan 4: 29 Disember 2018

Cara Permohonan Program Asrama Malaysia 2019

1. Pemohon boleh muat turun borang permohonan menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-malaysia

2. Pemohon perlu mengisi borang dan menyediakan salinan dokumen yang diperlukan dengan lengkap.

3. Permohonan tidak lengkap tidak akan diproses.

4. Borang permohonan beserta salinan dokumen yang telah disahkan boleh dihantar kepada Urusetia Pengambilan Murid Amal 2019 melalui saluran berikut:                                                                                    a. Melalui Sekolah Semasa                                Pemohon perlu hantar kepada pihak sekolah dan pihak sekolah hantar kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM, Putrajaya

b. Melalui Sekolah Asrama Malaysia (AMal)
Pemohon perlu menghantar terus ke 4 buah sekolah Asrama Malaysia (AMal) secara pos atau serahan tangan di alamat:

- Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur; atau
- SMK (P)  Sultan Ibrahim, Johor Bharu, Johor; atau
- Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; atau
- Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak

c. Kementerian Pendidikan Malaysia :
Pemohon perlu menghantar secara pos atau secara serahan tangan kepada:

Unit Pengurusan Asrama Harian
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Senarai Asrama Malaysia AMal 

Murid-murid  yang terpilih ke Asrama Malaysia akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

Bil.                       Nama Sekolah

1     AMal Kuala Lumpur, Victoria
       Institution, Kuala Lumpur

2     AMal Johor, SMK (P) Sultan Ibrahim,
       Johor Bahru, Johor

3     AMal Sabah, Maktab Sabah, Kota
       Kinabalu, Sabah

4      AMal Sarawak, Kolej Tun Datu Tuanku
        Hj Bujang, Miri, Sarawak

Syarat Kelayakan Permohonan Program Asrama Malaysia

Antara syarat kelayakan permohonan Program Asrama Malaysia adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.

2. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berpotensi daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau sederhana.

3. Pencalonan hendaklah dibuat oleh Pentadbir di sekolah semasa di mana pemohon belajar.

4. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

- Sijil lahir / Kad pengenalan  pemohon dan ibu bapa (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).
- Keputusan UPSR  bagi permohonan ke Tingkatan 1 atau PT3 bagi permohonan ke Tingkatan 4 (jika tidak disertakan permohonan tidak akan diproses).
- Sijil-Sijil Akademik , Kokurikulum dan sijil-sijil lain.
- Slip Gaji / Penyata Pendapatan ibu bapa/penjaga dan Pengesahan oleh  Suruhanjaya  Sumpah / Ketua Kampung  atau Penghulu sekiranya tiada slip gaji.
- Dokumen Sokongan untuk ibu atau bapa tunggal.
- Dokumen Sokongan hak penjagaan anak sekiranya ibubapa bercerai.

Selamat membuat Permohonan Program Asrama Malaysia (AMal) tahun 2019 secara online! Moga anda berjaya mendapat tawaran Program Asrama Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.