Permohonan Bantuan Awal IPT 2022 Yayasan Wilayah Persekutuan



Permohonan Bantuan Awal IPT 2022 Yayasan Wilayah Persekutuan|ADAKAH anda ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Perhatian buat pelajar khususnya warga Wilayah Persekutuan yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA/ IPTS. Menerusi Portal Rasmi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), permohonan Skim Bantuan Awal IPT Wilayah Persekutuan 2022 boleh dibuat secara online kepada pelajar yang berminat dan berkelayakan.

Permohonan Bantuan Awal IPT 2018 Yayasan Wilayah Persekutuan

Bantuan kewangan ini diberikan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta.

Permohonan Bantuan Awal IPT 2022 Yayasan Wilayah Persekutuan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan beserta syarat kelayakan permohonan Bantuan Awal IPT YWP:

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Awal IPT YWP 2022

Antara syarat kelayakan permohonan Bantuan Awal IPT YWP adalah seperti berikut:

◾Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL /
Putrajaya / Labuan) serta ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.

◾Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.

◾Pemohon yang masih menuntut di semester 1, tahun pertama sahaja yang layak memohon.

◾Kursus pengajian adalah bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan
Kedoktoran sepenuh masa sahaja.

Cara Permohonan Bantuan Awal IPT YWP 2022

1. Pemohon perlu muat turun borang permohonan menerusi pautan DISINI.

2. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.

3. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf
dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-

◾Surat Beranak.
◾Kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga.
◾Penyata gaji / slip pencen terbaru ibu bapa / penjaga serta surat akuan bersumpah kepada yang bekerja sendiri / tidak bekerja.
◾Surat tawaran kemasukan ke IPT.
◾Gambar terbaru pemohon berukuran passport.
◾Resit pembayaran yuran pengajian / penginapan IPTA / IPTS

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
WISMA YWP, No. 134 Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300 Kuala Lumpur
Tel: +603 2698 3073

Selamat membuat permohonan Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan 2022 secara online! Moga anda berjaya mendapat tawaran Bantuan Awal IPT YWP!

No comments

Powered by Blogger.