Permohonan Rumah PPR Sabah 2018 Online

Permohonan Rumah PPR Sabah 2018 Online|BILAKAH tarikh permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) tahun 2018? Panduan buat anda yang belum memiliki rumah sendiri dan golongan berpendapatan rendah (B40) RM 2,500 kebawah sebulan. Untuk makluman anda, permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Sabah 2018 kini boleh dibuat secara online.

Permohonan Rumah PPR Sabah 2018 Online

Sedia maklum, Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah (B40). Program Perumahan Rakyat terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Permohonan Rumah PPR Sabah 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan, syarat kelayakan permohonan beserta ciri-ciri rumah:

Cara Permohonan Rumah PPR Sabah 2018

Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Negeri/ Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut:

Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 SABAH

Syarat Kelayakan Permohonan PPR Sabah 2018 

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Program Perumahan Rakyat PPR Sabah:

◾Warganegara Malaysia
◾Berumur 18 tahun ke atas
◾Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500
     sebulan
◾Pemohon yang belum memiliki rumah
◾Mengikut syarat-syarat tambahan yang
     ditetapkan oleh kerajaan negeri

Ciri-Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat

Antara ciri-ciri Rumah PPR adalah seperti berikut:

◾Kawasan bandar-bandar besar: Jenis
     rumah bertingkat antara 5 hingga 18
     tingkat
◾Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah
     teres
◾Keluasan: Tidak kurang daripada 700
     kaki persegi
◾Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1
     Ruang Dapur, 2 Bilik Air
◾Kemudahan Asas:
-Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
-Surau/Ruang Solat,
-Gerai Makan/Ruang Niaga
-Tadika
-Kemudahan OKU
-Taman Permainan/Kawasan Lapang
-Rumah Sampah

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel     : 03 - 8891 4410 / 4411
Fax    : 03 - 8891 4045
E-mel : azizanza@kpkt.gov.my

Selamat membuat permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat PPR Sabah 2018 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Rumah PPR!

No comments

Powered by Blogger.