Permohonan SMKA Putrajaya 2019 Tingkatan 1 Online

Permohonan SMKA Putrajaya 2019 Tingkatan 1 Online|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya tahun 2019 bakal dibuka? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan kemasukan Tingkatan Satu ke SMKA Putrajaya ambilan 2019. Untuk makluman anda, permohonan SMKA Putrajaya 2019  dibuka secara online pada 30 November 2018 hingga tarikh tutup 5 Disember 2018.

Permohonan SMKA Putrajaya 2019 Tingkatan 1 Online

Permohonan SMKA Putrajaya 2019 Tingkatan 1 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan, tarikh penting beserta syarat kemasukan:

◾ Tarikh Dibuka: 30 November 2018
◾ Tarikh Ditutup: 5 Disember 2018

Cara Permohonan SMKA Putrajaya 2019

A. Bagi Pelajar Putrajaya

◾Bagi pelajar Putrajaya boleh dapatkan borang permohonan dari guru kelas masing-masing.
◾Tempoh Permohonan: 17 September - 31 Oktober 2018

B. Bagi Pelajar Luar Putrajaya

◾Bagi pelajar luar Putrajaya boleh membuat permohonan mulai 30 November hingga 5 Disember 2018 menerusi pautan di http://jpwpp.moe.gov.my/smka/

Syarat Kemasukan SMKA Putrajaya 2019

Antara syarat kemasukan SMKA Putrajaya adalah seperti berikut:

◾Pencapaian minimum UPSR 3A 3B
◾Cemerlang di dalam Ujian Program j-QAF dan UPKK
◾Lulus temuduga dan Ujian Khas Saringan Hafazan
◾Boleh membaca Al-Quran dan tulisan jawi dengan baik

Semakan Keputusan SMKA Putrajaya Tingkatan 1 2019

◾Keputusan akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu akhir bulan Disember 2018.
◾Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Aras 7, Lobi 2, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Tel:03-8889 0000
Emel:jpwpp@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan kemasukan ke SMKA Putrajaya Tingkatan 1 tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.