Semakan Baki Akaun ASB Online

Semakan Baki Akaun ASB Online|ADAKAH anda pernah membuat pendaftaran akaun ASB? Bagaimanakah cara membuat membuat semakan Amanah Saham Bumiputera (ASB) secara online? Untuk makluman anda, kini semakan ASB boleh dilakukan samada di kaunter dan juga secara online melalui Portal MyASNB. Berikut dikongsikan cara semakan ASB secara online melalui Portal MyASNB.

Semakan Baki Akaun ASB Online

Tambahan, kemaskini akaun atau mengeluarkan duit Amanah Saham Bumiputera kini tidak lagi menggunakan buku pelaburan. Portal ini juga memberi akses kepada unit amanah saham yang lain dibawah ASNB seperti ASB2, ASW2020, ASM, ASD, AS1M, ASN, ASN2, ASN3 dan ASG.

Semakan Baki Akaun ASB Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan ASB secara online menerusi Portal MyASNB:

Cara Semakan Baki Akaun ASB Online

1. Anda perlu pergi ke cawangan atau ejen
    ASNB untuk mendapatkan No. Akaun 12 
    Digit.

2. Kemaskini No. Telefon untuk
    penghantaran No. TAC.

3. Kemudian, anda boleh menggunakan No.
    Akaun 12 Digit untuk mendaftar di
    MyASNB menerusi pautan
    di www.myasnb.com.my

4. Klik pada butang hijau 'DAFTAR DISINI'.

5. Kemaskini maklumat peribadi anda di
    cawangan atau ejen ASNB.

6. Apabila anda selesai mendaftar, Kata 
    Laluan Sementara akan diberikan.

7. Selepas itu, log masuk kali pertama
    dengan menggunakan ID Pengguna dan
    Kata Laluan Sementara.

8. Tukar kepada kata laluan yang baharu.

9. Kemudian, anda login semula dengan
    menggunakan Kata Laluan yang baharu
    untuk mengakses.

Info Penting:
*Anda diingatkan supaya pengguna menyimpan maklumat penting seperti nama pengguna, kata laluan, frasa keselamatan dan jawapan untuk rujukan masa hadapan

Artikel Berkaitan:

👉 Kadar Bayaran Dividen dan Bonus ASB

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat untuk ASNB di talian 03 - 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my

Selamat membuat Semakan Baki Akaun ASB secara online! 

No comments

Powered by Blogger.