Semakan Status Pendaftaran Haji 2019 Online

Semakan Status Pendaftaran Haji 2019 Online|ADAKAH anda membuat pendaftaran haji tahun 2019? Bagaimana cara membuat semakan status daftar haji bagi tahun 2019? Panduan buat jemaah haji yang ingin membuat semakan status daftar haji tahun 2019 secara online. Untuk makluman anda, kini semakan status daftar Haji boleh dilakukan secara online menerusi sistem e-THIJARI. Aplikasi THIJARI boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store.

Semakan Status Pendaftaran Haji 2019 Online

Sedia maklum, kos menunaikan haji adalah kekal bagi tahun 2019/ 1440 H. Bagi yang gagal dalam permohonan, anda boleh membuat permohonan rayuan Haji 2019.


Semakan Status Pendaftaran Haji 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan status pendaftaran Haji secara online menerusi Aplikasi THIJARI:

1. Anda perlu mendapatkan No. Pin terlebih dahulu yang boleh didapati di cawangan Tabung Haji.

2. Pergi ke kaunter TH untuk membuat pengesahan.

3. Anda perlu mengisi borang dan turunkan cap jari.

4. Kemudian, anda akan diberi No. Pin untuk login akaun THIJARI.

5. Untuk membuat semakan, anda perlu login akaun ke Aplikasi e-THIJARI.

6. Masukkan ID dan Kata Laluan anda.

7. Anda boleh membuat semakan pendaftaran dan tawaran haji.

Artikel Berkaitan:

👉 Jadual dan Lokasi Kursus Asas Haji 2019
👉 Semakan Jadual Penerbangan Haji 2019

Cara Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat jemaah haji bagi musim haji semasa, sila hubungi TH Contact Center (THCC) di talian 03 - 6207 1919.

Semoga perkongsian Semakan Status Pendaftaran Haji 2019 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.