Cara Pemeriksaan Tukar Milik Kenderaan Puspakom 2021



Cara Pemeriksaan Tukar Milik Kenderaan Puspakom 2021|ADAKAH anda ingin membuat permohonan tukar milik kenderaan? Bagaimana cara membuat pemeriksaan tukar milik kenderaan di Puspakom? Panduan buat anda yang ingin membuat pemeriksaan tukar milik kenderaan di Puspakom. Berikut dikongsikan cara pemeriksaan tukar milik kenderaan di Puspakom buat rujukan anda.

Cara Pemeriksaan Tukar Milik Kenderaan Puspakom

Sedia maklum, Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan. Pemeriksaan ini bertujuan membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.

Cara Pemeriksaan Tukar Milik Kenderaan Puspakom 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara dan proses pemeriksaan tukar milik kenderaan beserta dokumen penting dan kadar bayaran:

Proses Pemeriksaan Tukar Milik Kenderaan

Berikut adalah proses pemeriksaan tukar milik kenderaan di Puspakom:

1. Selamat datang ke PUSPAKOM
◾Pelanggan PUSPAKOM (Temujanji secara dalam talian)
◾Pelanggan tanpa temujanji/ walk-in

2. Daftar di pondok pengawal

3. Kemudian, membuat pembayaran di kaunter pembayaran
◾Pegawai akan mengeluarkan resit pemeriksaan kenderaan untuk anda

4. Terus pergi ke peringkat pemeriksaan
◾Pemeriksaan identiti
◾Mengukur keadaan pancaran cahaya kenderaan
◾Memeriksa bahagian atas badan kenderaan bagi mengenalpasti sebarang kecacatan
◾Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan
◾Mengukur tahap pelepasan gas enjin
◾Menguji penjajaran tayar dadan keberkesanan pengendalian semasa penjajaran sisi
◾Menguji sistem suspension termasuk prestasi spring dan shock absorber
◾Memeriksa kecekapan, ketidakseimbangan serta daya tekanan brek
◾Memeriksa ketepatan meter kelajuan berbanding kelajuan pada roda
◾Pemeriksaan visual bahagian bawah kenderaan

5. Selepas itu, pergi ke kaunter keputusan untuk dapatkan keputusan pemeriksaan kenderaan anda.

Kadar Bayaran Pemeriksaan Tukar Milik Kenderaan 

◾Fi : RM30.00

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

◾Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ ◾Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Artikel Berkaitan:

👉 Panduan Tukar Nama Geran Kenderaan Pemilik Meninggal Dunia

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Puspakom Sdn Bhd
No. Telefon: 1-800-88-6927
Web: www.puspakom.com.my
Emel: customerservice@puspakom.com.my

Semoga perkongsian Cara Pemeriksaan Tukar Milik Kenderaan Puspakom ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.