Harga Border Pass Thailand 2023 (Cara Masuk)



Harga Border Pass Thailand 2023 (Cara Masuk)|BERAPAKAH harga terkini border pass Thailand bagi tahun 2023? Panduan buat anda yang ingin ketahui harga terkini pas sempadan (border pass) ke Thailand tahun 2023. Berikut dikongsikan Harga Border Pass Thailand tahun 2023 buat rujukan anda.

Harga Border Pass Thailand 2018

Sedia maklum, dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia yang keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di negeri Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak. Tempoh sahlaku border pass adalah satu tahun tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan.

Harga Border Pass Thailand 2023 (Cara Masuk)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga terkini border pass Thailand tahun 2023 termasuk syarat masuk:

Syarat Kemasukan Thailand 2023

Berikut adalah syarat am kemasukan Thailand bagi tahun 2023:

a. Dua (2) keping gambar pemohon
    berukuran 3.5 sm x 5.0 sm
b. Maklumat kanak-kanak berusia di bawah
    15 tahun, namanya hendaklah
    dimasukkan ke dalam Pas Sempadan Ibu
    atau Bapa
c. Bukti menetap di negeri yang dinyatakan

i. Pemohon berumur 15 tahun ke atas

Syarat-Syarat:
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm
    x 5.0 sm
b. Kad Pengenalan [MyKad/Kad Pengenalan
    Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad
    Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau
    11)]
c. Kad Pengenalan Penduduk Tetap (hanya
    untuk Penduduk Tetap keturunan Thai
    sahaja)
d. Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 18
    tahun ke bawah

ii. Pemohon berumur di bawah 15 tahun

Syarat-Syarat:
a. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 sm
    x 5.0 sm
b. Sijil Kelahiran
c. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan
    Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad
    Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau
    11)]
d. Kad Pengenalan bapa / ibu / penjaga yang
    sah

iii. Jika pemohon diiringi oleh isteri

Syarat-Syarat:
a. Kad Pengenalan [Mykad/Kad Pengenalan
    Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad
    Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau
    11)]
b. Kad Pengenalan Isteri [Mykad/Kad
    Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan
    Polis atau Kad Pengenalan Sementara
    (JPN.KPPK 09 atau 11)]
c. Sijil lahir anak dan Kad Pengenalan anak
    jika berumur 15 tahun kebawah
d. Dua (2) keping gambar berukuran 3.2 sm
     x 5.0 sm setiap orang
e. Sijil Nikah/Sijil Perkahwinan

Harga Border Pass Thailand 2023

Berikut dikongsikan harga border pass ke Thailand tahun 2023:

TAHUN 2023: 👉 RM 10.00

Artikel Berkaitan:

👉 Cara Permohonan Border Pass

Semoga perkongsian Harga Border Pass Thailand 2023 ini dijadikan panduan buat anda semua!

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

No comments

Powered by Blogger.