Jadual Potongan Gaji Berjadual PTPTN 2022



Jadual Potongan Gaji Berjadual PTPTN 2022|ADAKAH anda peminjam pinjaman PTPTN? Panduan buat anda yang ingin membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Menerusi pengumuman dibuat oleh pihak PTPTN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau Potongan Gaji Berjadual (PGB) bermula Januari 2019. Berikut dikongsikan Jadual Potongan Gaji PTPTN 2022 buat rujukan anda.

Jadual Potongan Gaji Berjadual PTPTN 2019

Pelaksanaan akan mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan dan peratus potongan adalah di antara dua peratus hingga 15 peratus. PTPTN akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendapatkan maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam.

Jadual Potongan Gaji Berjadual PTPTN 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jadual potongan gaji bayaran pinjaman PTPTN secara berjadual yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

1. Potongan gaji secara progresif daripada 2 peratus hingga 15 peratus berdasarkan gaji bulanan peminjam;
2. Potongan cukai untuk majikan yang membayar hutang PTPTN pekerja;
3. Pengecualian bayaran balik pinjaman Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama untuk pelajar daripada keluarga B40 dan M40;
4. Baki hutang dilupuskan apabila peminjam berumur 60 tahun; dan
5. Pelepasan taksiran cukai SSPN dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun taksiran 2019.

Jadual Potongan Gaji Berjadual PTPTN 2019

Mekanisme pelaksanaan adalah seperti di bawah:

1. MEKANISME BAHARU PEMBAYARAN – POTONGAN GAJI SECARA PROGRESIF (PGB)

PGB adalah bayaran balik mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan. Peratus potongan adalah di antara 2% hingga 15% seperti jadual di lampiran.

2. INSENTIF PELEPASAN CUKAI UNTUK MAJIKAN YANG MEMBANTU PEKERJA

Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik, baik yang dibayar secara ansuran setiap bulan atau melalui pembayaran sekaligus.

Syaratnya ialah majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja setelah pembayaran ini dibuat.

3. PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PINJAMAN IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

Kerajaan juga menghargai usaha para peminjam untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pengajian.

Maka dengan itu, pelajar daripada golongan isirumah B40 dan M40 yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman dengan syarat-syarat berikut:

– Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa
– Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama
– Menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan
– Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 ketika menamatkan pengajian

4. MENGHAPUS KIRA HUTANG PEMINJAM WARGA EMAS

Kerajaan prihatin dengan golongan warga emas. Sebagai penghargaan kepada warga emas yang komited dan konsisten dalam membuat bayaran balik, kerajaan bersetuju untuk melupuskan baki hutang peminjam yang memasuki umur 60 tahun sekiranya peminjam berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum umur mencapai 60 tahun.

5. MENINGKATKAN INSENTIF UNTUK MENABUNG

Selaras dengan itu, insentif pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dinaikkan daripada RM6,000 sebelum ini kepada RM8,000 bermula tahun 2019.

Artikel Berkaitan:

👉 Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN
👉 Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 - 2080 4455 atau layari Portal Rasmi https://www.ptptn.gov.my

Semoga perkongsian Jadual Potongan Gaji Berjadual PTPTN 2022 ini dijadikan rujukan buat peminjam PTPTN!

No comments

Powered by Blogger.