Panduan Mudah RPK dan RSM Ujian JPJ Kereta 2019

Panduan Mudah RPK dan RSM Ujian JPJ Kereta 2019|ADAKAH anda ingin mengikuti RPK dan RSM Ujian JPJ? Panduan buat anda yang ingin ketahui Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Sebelum Memandu (RSM) Ujian JPJ. Berikut dikongsikan panduan RPK dan RSM Ujian Memandu JPJ buat panduan anda.

Panduan Mudah RPK dan RSM Ujian JPJ Kereta 2018

Panduan Mudah RPK dan RSM Ujian JPJ Kereta 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan panduan RPK dan RSM ujian memandu JPJ berdasarkan peraturan yang terkini oleh pihak JPJ:

Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)

1. Cermin hadapan kereta berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
2. Bilah pengelap cermin berada dalam keadaan baik, lembut, tidak retak, tidak koyak.
3. Bonet berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak terbuka.
4. Nombor plat berada dalam keadaan baik, nombor boleh dibaca. (Sebut no. plat kereta anda dapat)
5. Lampu hadapan sebelah kiri dan kanan berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
6. Bamper berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak longgar.
7. Lampu isyarat sebelah kanan berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
8. Cermin sisi sebelah kanan berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
9. Tayar hadapan sebelah kanan:
- Bunga tayar keadaan baik
- Tekanan angin mencukupi
- Keadaan fizikal tayar keadaan baik
10. Pintu hadapan sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak dan tidak pecah.
11. Tingkap hadapan sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh diselaraskan
12. Jangan lupa tarik dan tekan tombol bonet dan but yang berada berdekatan di tempat duduk pemandu sebelum pintu pemandu ditutup.
13. Pintu belakang sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
14. Tingkap belakang sebelah kanan berada dalam keadaan baik, boleh diselaraskan.
l5. Tayar belakang sebelah kanan:
- Bunga tayar keadaan baik
- Tekanan angin mencukupi
- Keadaan fizikal tayar keadaan baik
16. Cermin belakang kereta berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
17. Lampu isyarat, mengundur dan lampu brek sebelah kiri dan kanan berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
18. Lampu brek ketiga berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
19. Nombor plat berada dalam keadaan baik, nombor boleh dibaca.
20. Buka but dan periksa komponen dalam but:
- Tayar ganti ada.
- Perkakas asas ada dan mencukupi.
- Segi tiga amaran ada.
- Alat pemadam api ada.
21. Bamper belakang berada dalam keadaan baik dan kemas, tidak longgar.
22. Tayar belakang sebelah kiri:
- Bunga tayar keadaan baik
- Tekanan angin mencukupi
- Keadaan fizikal tayar keadaan baik
23. Pintu belakang sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
24. Tingkap belakang sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh diselaraskan
25. Pintu hadapan sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh dibuka. Getah masih lembut, tidak koyak, tidak pecah.
26. Tingkap hadapan sebelah kiri berada dalam keadaan baik, boleh diselaraskan.
27. Tayar hadapan sebelah kiri:
- Bunga tayar keadaan baik
- Tekanan angin mencukupi
- Keadaan fizikal tayar keadaan baik
28. Lampu isyarat sebelah kiri berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
29. Cermin sisi sebelah kiri berada dalam keadaan baik, tidak pecah, tidak retak.
30. Buka bonet dan periksa komponen dalam bonet
- Bekas simpanan air pencuci cermin. (air ada dan mencukupi)
- Tabung minyak brek. (paras bendalir brek mencukupi)
- Batang penyukat minyak enjin. (Tarik penyukat dan lap, masukkan semula dan tarik balik)(Paras minyak enjin mencukupi antara F / L)
- Tali sawat. (Masih tegang, tidak kendur)
- Bateri sel basah / kering. (buka penutup bateri sel basah dan periksa air)
- Hos tangki air. (Getah masih lembut dan boleh digunakan)
- Penutup tangki air (radiator). (Pastikan paras air mencukupi dan tutup dengan rapat)
- Tangki air simpanan untuk radiator. (Pastikan paras air mencukupi)

Rutin Sebelum Memandu (RSM)

1. Masuk dalam kereta, duduk dan pastikan handbrake (brek tangan) dalam kedudukan brek.
2. Selaraskan tempat duduk mengikut keselesaan anda.
5. Pastikan kedudukan tangan (stering sama betul dalam kedudukan 9-3.
6. Selaraskan cermin sisi sebelah kanan dan kiri serta cermin pandang belakang.
7. ON suis kereta dan jangan hidupkan  enjin lagi.
8. Check instrumen di dashboard depan anda terlebih dahulu.
9. Nyatakan tolok bahan bakar (Ada huruf E @ F)(Berfungsi/Tidak berfungsi).
10. Nyatakan tolok suhu enjin. (Ada huruf C @ H)(Berfungsi/Tidak berfungsi).
11. Nyatakan lampu amaran tekanan minyak enjin, lampu amaran bateri dan lampu amaran brek tangan (handbrake).
12. Pastikan gear berada dalam keadaan bebas (N- Neutral).
13. Hidupkan enjin dengan menekan klac (manual)/brek tanpa menekan pedal minyak.
14. Pastikan peralatan kereta anda berfungsi dengan baik.
- Lampu depan berfungsi dengan baik.
- Lampu isyarat sebelah kanan dan sebelah kiri berfungsi dengan baik.
- Lampu hazard berfungsi dengan baik
- Hon berfungsi dengan baik
- Pemancut air dan pengelap cermin (wiper) berfungsi dengan baik
- Takometer (meter RPM) berfungsi dengan baik
15. Menguji tali pinggang keledar kenderaan dan memakai tali pinggang.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Jawatan Kosong JPJ 2019 Online
👉 Harga Lesen Memandu Kenderaan 2019

Semoga perkongsian Panduan Mudah RPK dan RSM Ujian JPJ Kereta ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.