Permohonan Dana Terengganu iDANATTB 2020 Online



Permohonan Dana Terengganu iDANATTB 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan Dana Terengganu (iDANATTB) tahun 2020 bakal dibuka? Berita baik buat rakyat Terengganu yang berminat dan berkelayakan untuk menerima bantuan kewangan. Berikut dikongsikan cara permohonan Dana Terengganu iDANATTB tahun 2020 buat panduan anda.

Permohonan Dana Terengganu iDANATTB 2019 Online

Antara bantuan iDANA Terengganu yang diberikan adalah Dana Hari Raya Aidilfitri, Transformasi Orang Muda (TOM - Bakti Remaja) dan Bantuan Persekolahan. Sedia maklum, permohonan Dana Hari Raya Aidilfitri 2019 dijangka bakal dibuka secara online pada bulan April 2019.

Permohonan Dana Terengganu iDANATTB 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan Dana Terengganu iDANATTB:

Cara Permohonan Dana Terengganu iDANATTB 2020

A. Secara Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi iDANATTB secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://danattb.terengganu.gov.my/

B. Secara Manual

1. Pemohon perlu hadir ke Pusat Bestari.com yang berdekatan di DUN masing-masing. Alamat dan lokasi BESCOMM di seluruh Terengganu boleh dirujuk:
KLIK 👉 PUSAT BESCOMM

Syarat Am Kelayakan Permohonan Dana Raya Terengganu 2020

Antara syarat am kelayakan permohonan Dana Raya Terengganu 2020 adalah seperti berikut:

1. Pemohon mestilah rakyat Negeri
    Terengganu sahaja.

2. Pemohon mestilah seorang pengundi
    berdaftar di negeri Terengganu.

3. Bagi pemohon yang tiada slip gaji, perlu
    kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan
    yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau
    Penghulu Mukim.

4. Permohonan anda akan ditolak
    sekiranya maklumat borang permohonan
    tidak lengkap.

Jumlah Bantuan Dana Raya Aidilfitri

Berikut adalah jumlah bantuan Dana Raya Aidilfitri bagi semua kategori:

1. Dana Raya

◾Bagi kategori OKU, warga emas dan ibu/bapa tunggal yang tiada anak akan menerima bantuan raya sebanyak RM 300 setiap orang. Bagi kategori miskin, bujang, berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM 1,500 ke bawah akan menerima sebanyak RM 400.

2. Bakti Remaja (TOM)

◾Bagi kategori belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun akan menerima sebanyak RM 200 melalui Dana Bakti Remaja.

3. Bantuan Persekolahan

◾RM100 untuk setiap anak yang bersekolah

Maklumat Lanjut

Panduan lengkap cara permohonan dan soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk di Manual Permohonan PDF dan FAQ:

Manual Cara Memohon
Soalan Lazim (FAQ)

Selamat membuat Permohonan Dana Terengganu iDANATTB 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dana Terengganu iDANATTB!

No comments

Powered by Blogger.