Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin|ADAKAH anda ingin memohon bantuan kewangan untuk persekolahan tahun 2019? Berita baik buat pelajar miskin Tahun Satu hingga Tahun Enam di sekolah kerajaan dan berkelayakan yang ingin membuat permohonan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun 2019. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan bantuan KWAPM 2019 boleh dibuat secara online melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).

Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Pemberian Bantuan KWAPM bertujuan memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin di Sekolah Kerajaan bagi mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik dan menjana kecemerlangan pelajar.

Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan, kadar bantuan beserta syarat kelayakan:


Cara Permohonan KWAPM 2019 Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:

A. Borang Permohonan Bantuan KWAPM KLIK 👉 Muat Turun

B. Carta Aliran Proses Permohonan Bantuan KWAPM
KLIK 👉 Muat Turun

Kriteria Kelayakan Bantuan KWAPM

Antara kriteria kelayakan bantuan KWAPM adalah seperti berikut:

1. Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).

2. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.

3. Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:

Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

4. Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Jenis dan Kadar Bantuan KWAPM

A. Jenis Data/ Status Kemiskinan

i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)
ii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)
iii. Data Murid Orang Asli (DMOA) (Miskin dan Miskin Tegar)

B. Bantuan Am Persekolahan

Sekolah Rendah = RM100 setahun
Sekolah Menengah = RM150 setahun

Selamat membuat Permohonan KWAPM Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin tahun 2019 secara online!

Sumber: KPM

No comments

Powered by Blogger.