Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM 2019/2020 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi



Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM 2019/2020 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi|ADAKAH anda telah membuat semakan keputusan PSPM sesi 2019/2020? Bilakah tarikh Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I dan III Sesi 2019 dibuka? Untuk makluman anda, Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I dan III Sesi 2019/2020 dijangka bakal dibuka secara online bermula bulan Disember 2019.

Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM 2018/2019 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM 2019/2020 Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM 2019/2020

◾Tarikh Dibuka: -
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM 2019/2020

1. Calon yang ingin memohon semak semula keputusan PSPM hendaklah melengkapkan Borang Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM BMKPM/SS/PSPM yang boleh diperolehi di kolej, di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya atau melayari laman web di alamat http://www.moe.gov.my

2. Permohonan semak semula adalah bagi keputusan PSPM Semester I & III Sesi 2018/2019 sahaja.

3. Setiap mata pelajaran yang disemak semula dikenakan bayaran. Kadar bayarannya (tidak termasuk caj pembelian) adalah seperti yang tertera pada borang permohonan semak semula keputusan peperiksaan BMKPM/SS/PSPM.

4. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf sahaja atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Bayaran dalam bentuk tunai atau cek peribadi tidak akan diterima. Wang Pos/Bank Draf hendaklah dikepilkan bersama-sama borang permohonan.

5. Borang permohonan yang tidak lengkap (maklumat tidak lengkap/ bayaran tidak mencukupi) tidak akan diproses dan akan dikembalikan semula kepada pemohon.

6. Sebarang permohonan yang tiba selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

7. Keputusan semak semula yang diumumkan adalah muktamad.

8. Muat turun syarat permohonan dan borang DISINI.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dihubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian hotline 03 - 8884 4083.

Selamat membuat Permohonan Semak Semula Keputusan PSPM Peperiksaan Semester Program Matrikulasi 2019/2020!

No comments

Powered by Blogger.