Semakan Status Permohonan APM 2019 Online

Semakan Status Permohonan APM 2019 Online|ADAKAH anda telah membuat permohonan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan status permohonan APM secara online. Untuk makluman anda, semakan status permohonan APM boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi ASPA.

Semakan Status Permohonan APM 2019 Online

Sedia maklum, Sukarelawan Pertahanan Awam adalah merupakan orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana Pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada. Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia bertujuan melatih orang awam dalam menghadapi bencana/ operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/ aman.

Semakan Status Permohonan APM 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara semakan status permohonan APM secara online:

1. Semakan status permohonan APM boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di http://aspa.civildefence.gov.my/force/aspa/checkapplication.

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik pada butang 'Semak Status'.

Syarat Kelayakan Permohonan APM

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan APM adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 18
    tahun ke atas
2. Tidak menyertai badan beruniform yang
     lain
3. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan
    fizikal
4. Kelulusan akademik sekurang-kurangnya
    SRP/LCE/PMR

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Cawangan Perkhidmatan & Tatatertib Pasukan
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
Jalan Padang Tembak
50556 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-2687 1309/ 1310
Email : cpt_ippa@civildefence.gov.my

Selamat membuat semakan status permohonan APM secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai APM!

No comments

Powered by Blogger.