Syarat Keputusan MUET Ke IPTA 2019

Syarat Keputusan MUET Ke IPTA 2019|ADAKAH anda calon peperiksaan MUET tahun 2019? Apakah syarat terkini keputusan MUET ke IPTA bagi tahun 2019? Panduan buat calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET bagi tahun 2019. Menerusi FB Rasmi UPU, keputusan MUET adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh calon untuk membuat permohonan kemasukan ke IPTA bagi peringkat Ijazah. Berikut dikongsikan syarat terkini keputusan MUET ke IPTA buat panduan anda.

Syarat Keputusan MUET Ke IPTA 2019

Untuk makluman anda, sebagai syarat untuk kemasukan ke Universiti adalah dengan mendapat kelulusan Malaysian University English Test (MUET) berdasarkan kursus-kursus tertentu.

Syarat Keputusan MUET Ke IPTA 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan syarat terkini keputusan MUET ke IPTA bagi tahun 2019:

   KURSUS           MASUK    PENGIJAZAHAN
                                 IPTA

Sastera, Sains       BAND 2         BAND 3
Sosial

Sains, Teknologi  BAND 3         BAND 4
Kejuruteraan &
Matematik

Perubatan,            BAND 4         BAND 5
Undang-Undang

Syarat Terkini Kemasukan IPTA

◾Pengajian Sastera & Sains Sosial: BAND 2
◾Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan
     & Matematik: BAND 3
◾Pengajian Perubatan & Undang-Undang:
     BAND 4

Syarat Pengijazahan

◾Pengajian Sastera & Sains Sosial: BAND 3
◾Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan
     & Matematik: BAND 4
◾Pengajian Perubatan & Undang-Undang:
     BAND 5

Syarat Pengambilan Peperiksaan MUET

Ujian ini ditawarkan kepada calon yang telah menduduki mana-mana satu daripada yang berikut:

◾Sijil Pelajaran Malaysia
◾Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
◾Malaysia Certificate of Education
◾Federation of Malaya Certificate of
     Education
◾Cambrige School Certificate
◾Pendidikan selama 10 tahun yang setaraf
     dengan O-Level

Artikel Berkaitan:

👉 Kalendar Peperiksaan MUET 2019

Semoga perkongsian Syarat Keputusan MUET Ke IPTA 2019 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.