Harga dan Spesifikasi Perodua Aruz SUV Baharu



Harga dan Spesifikasi Perodua Aruz SUV Baharu|BERAPAKAH harga terkini Perodua Aruz SUV 2019 yang didapati di pasaran Malaysia? Sedia maklum, kereta berjenama Perodua Aruz SUV yang juga merupakan model pertama ini telah dilancarkan secara rasmi mulai 3 Januari 2019 dan boleh ditempah bermula dengan harga RM 72,200. Berikut dikongsikan harga dan spesifikasi terkini Perodua Aruz SUV 2019 buat panduan anda.

Harga dan Spesifikasi Perodua Aruz SUV Baharu

Perodua Aruz dengan kapasiti tujuh tempat duduk didatangkan dengan dua model iaitu Perodua Aruz 1.5X dan Perodua Aruz 1.5AV yang lebih premium. Kedua-dua model ini dipacu enjin EEV Dual VVT-i yang berkapasiti 1.5 liter dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Harga dan Spesifikasi Perodua Aruz SUV Baharu

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga tentative on the road (OTR) tidak termasuk insurans serta spesifikasi terkini Perodua Aruz SUV:

A. Varian dan Harga

◾Perodua Aruz SUV 1.5X
Semenanjung : RM 72,200
Sabah & Sarawak : RM 74,500
Labuan : RM 71,700
Langkawi : RM 70,700

◾Perodua Aruz SUV 1.5AV
Semenanjung : RM 77,200
Sabah & Sarawak : RM 79,500
Labuan : RM 76,300
Langkawi : RM 75,300

B. Ciri-Ciri Perodua Aruz

👉 Enjin EEV Dual VVT-i berkapasiti 1.5L
👉 Empat kelajuan automatik
👉 Rim aloi 7 inci
👉 Corong pendingin hawa untuk baris belakang
👉 Slot pengecasan USB
👉 Fungsi Follow Me Home
👉 Alat pembaca tol terbina dalam
👉 Kamera undur
👉 Kawalan audio pada stereng

C. Warna

1. Ivory White
2. Electric Blue
3. Amazon Green
4. Glittering Silver
5. Granite Grey

Harga dan Spesifikasi Perodua Aruz SUV Baharu

Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Harga Baharu Kereta Perodua 2019

Semoga perkongsian Harga dan Spesifikasi Perodua Aruz SUV Baharu ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.