Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2020 Online



Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2020 Online|BERITA baik buat anda golongan belia antara 16 hingga 40 tahun dan yang menetap di negeri Terengganu. Untuk makluman anda, permohonan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2020 bakal dibuka secara online dan manual mulai 1 Februari 2019 hingga tarikh tutup 1 Mac 2019. Berikut dikongsikan cara permohonan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera tahun 2020 buat panduan anda.

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019 Online

Sedia maklum, kerajaan negeri akan merealisasikan pemberian lesen motosikal secara percuma kepada golongan belia bermula Februari ini sepertimana Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan LMTS tahun 2020:

Tarikh Penting Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2020

◾Tarikh Dibuka: -
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2020

A. Secara Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan LMTS secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://idana.terengganu.gov.my

B. Secara Manual

Pemohon boleh mendapatkan borang secara manual menerusi seluruh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan masing-masing.

Syarat Kelayakan Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2020

Antara syarat kelayakan Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera adalah seperti berikut:

1. Berumur dari 16 hingga 40 tahun.

2. Bujang atau sudah berkahwin.

3. Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun (Perlu Pengesahan MPKK).

4. Permohonan pertama kali pertama sahaja.

5. Pendapatan tidak lebih dari RM2,000 sebulan.

6. Pelajar sekolah, IPT, pusat kemahiran layak memohon dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau MPKK atau Penghulu Mukim.

7. Latihan/kursus dalam negeri Terengganu sahaja.

8. Borang permohonan melalui I-Dana hendaklah dicetak dan disahkan oleh MPKK bersama dokumen diperlukan;

a) kad pengenalan,
b) slip gaji atau pengesahan tempat pengajian
c) tanpa slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yg disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim, dan
d) Pemohon OKU bagi Lesen B2 ini perlu lampir bersama salinan Kad OKU.

9. Bebas daripada saman JPJ atau PDRM. Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Dana Terengganu iDANATTB

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Alamat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tingkat 15, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Tel: 09 - 6231957
Emel: webmastersuk@terengganu.gov.my

Selamat membuat Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2020 secara online dan manual!

No comments

Powered by Blogger.