Permohonan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 2019 SPA Online

Permohonan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 2019 SPA Online|PERHATIAN buat anda yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 bagi tahun 2019. Menerusi Portal Rasmi SPA, terdapat 400 kekosongan jawatan dan 30 jawatan simpanan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41. Sedia maklum, permohonan kini telah dibuka secara atas talian (online) sehingga tarikh tutup 17 Februari 2019 (Ahad) pada jam 11.59 malam.

Permohonan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 2019 SPA Online

Permohonan jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Borang SPA8i di Portal Rasmi SPA.

Permohonan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 2019 SPA Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan jawatan kosong Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 2019:

Info Penting Jawatan Kosong Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

◾Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (Jabatan Perkhidmatan Awam)
- 400 kekosongan
- 30 simpanan

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

1. Permohonan boleh dibuat secara atas
    talian (online) di Portal Rasmi SPA
    melalui pautan seperti berikut:
SERVER 1 👉 https://putra2.spa.gov.my
SERVER 2 👉 https://putra12.spa.gov.

2. Masukkan MyID dan Kata Laluan.

3. Kemudian, klik pada butang 'Log Masuk'.

Iklan Jawatan Kosong Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 2019

Permohonan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 2019 SPA Online

Gaji Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Berikut dikongsikan maklumat gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan:

◾ Gaji Minimum: RM 2,422
◾ Gaji Maksimum: RM 9,631
◾ Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 225

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Berikut adalah deskripsi tugas jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41:

Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat Kelayakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Berikut adalah syarat kelayakan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41:

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
(i) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau
(ii) ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau
(iii) ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);
dan
d. lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
e. hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara

Artikel Berkaitan:

👉 Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Selamat membuat permohonan Jawatan Kosong Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41!

No comments

Powered by Blogger.