Permohonan Pinjaman Yayasan Terengganu 2021 Online



Permohonan Pinjaman Yayasan Terengganu 2021 Online|ANDA berminat menyambung pengajian di dalam negara dan luar negara? Panduan buat anda yang ingin mendapatkan pinjaman pelajaran atau biasiswa untuk melanjutkan pengajian. Untuk makluman anda, permohonan Yayasan Terengganu (YT) 2021 kini boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Yayasan Terengganu.

Permohonan Pinjaman Yayasan Terengganu 2019 Online

Permohonan Pinjaman Yayasan Terengganu 2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Pinjaman Yayasan Terengganu beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Pinjaman Yayasan Terengganu 2021 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi Yayasan Terengganu secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://my03.awfatech.com

2. Isikan segala maklumat borang permohonan dengan lengkap.

3. Kemudian, klik pada butang 'Hantar Permohonan Ini'.

Syarat Kelayakan Permohonan Yayasan Terengganu 2021

Antara syarat kelayakan permohonan Yayasan Terengganu adalah seperti berikut:

1. Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang ibu/bapa/penjaga RAKYAT TERENGGANU (Warganegara Malaysia) dan ibu/bapa/penjaga MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH DI DUN NEGERI TERENGGANU.

2. Ibu/bapa/penjaga pemohon yang bukan daripada rakyat Terengganu tetapi permastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapatkan surat pengesahan daripada majikan/wakil rakyat/penghulu mukim/ketua kampung.

3. Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diktiraf oleh kerajaan, diluluskan oleh jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

4. Program/Kursus Latihan Kemahiran tidak layak memohon bantuan persediaan.

5. Tempoh Pengajian hendaklah tidak kurang dari SATU TAHUN.

6. Syarat umur bagi permohonan :
i- Peringkat Sarjana (Master) - 25 tahun ke bawah
ii- Peringkat Doktor Falsafah (Phd) - 30 tahun ke bawah

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Tel: 09-6221733
Fax: 09-6232944
Web: http://www.yt.gov.my

Selamat membuat Permohonan Pinjaman Yayasan Terengganu 2021 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Pinjaman Yayasan Terengganu!

No comments

Powered by Blogger.