Permohonan Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Online

Permohonan Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Online|PANDUAN buat golongan yang berpendapatan rendah B40 yang ingin membuat pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 secara percuma. Menerusi Bajet Malaysia 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan penawaran Skim Perlindungan Nasional B40 secara percuma bagi golongan yang berkelayakan. Berikut dikongsikan cara pendaftaran Skim Perlindungan Nasional B40 tahun 2019 secara online buat rujukan anda.

Permohonan Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Online

Sedia maklum, Skim Perlindungan Nasional B40 merupakan satu perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma bagi membantu golongan yang berkelayakan. Skim Perlindungan Nasional B40 menawarkan perlindungan kesihatan  kepada penerima yang layak bagi 36 jenis penyakit kritikal. Skim ini disasarkan kepada golongan isi rumah B40 yang merupakan individu berumur 18 hingga 55 tahun.

Permohonan Skim Perlindungan Nasional B40 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi pendaftaran/ permohonan Skim Perlindungan Nasional B40 secara online:

Tarikh Penting Permohonan Skim Perlindungan Nasional B40 2019

Tarikh Pendaftaran: 1 Mac 2019
◾Aplikasi Pendaftaran: *Akan
    dikemaskini

Cara Permohonan Skim Perlindungan Nasional B40

Seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan hanya beroperasi mulai 1 Mac 2019.

1. Permohonan Skim Perlindungan
    Nasional B40 boleh dibuat secara online
    menerusi pautan dibawah:
KLIK 👉 *Akan dikemaskini

Info:
*Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan dan penerima yang layak akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Senarai Penyakit Dilindungi Skim Perlindungan Nasional B40

Antara senarai penyakit dilindungi Skim Perlindungan Nasional B40 adalah seperti berikut:

1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
3. Meningitis Bakteria
4. Tumor Otak Benigna
5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
6. Pembedahan Otak
7. Kanser
8. Kardiomiopati Teruk
9. Anemia Aplasia Kronik
10. Koma
11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
13. Ensefalitis/encephalitis
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-Paru
16. AIDS Peringkat Teruk
17. Hepatitis Virus Fulminan
18. Serangan Jantung
19. Pembedahan Injap Jantung
20. HIV Akibat Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Pertuturan
24. Trauma Kepala Utama
25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
26. Penyakit Neuron Motor
27. Sklerosis Berbilang
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan / Paraplegia
30. Penyakit Parkinson
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
33. Strok
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
36. Pelecuran Tahap Ketiga

Selamat membuat Permohonan Skim Perlindungan Nasional B40 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Skim Perlindungan Nasional B40!

No comments

Powered by Blogger.