Semakan Bantuan iDANA Terengganu 2020 Online



Semakan Bantuan iDANA Terengganu 2020 Online|ADAKAH anda membuat permohonan Bantuan iDANA Terengganu bagi tahun 2020? Panduan buat anda yang membuat permohonan Bantuan iDANA Terengganu tahun 2020. Untuk makluman anda, kini semakan Bantuan iDANA Terengganu 2020 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi iDANATTB.

Semakan Bantuan iDANA Terengganu 2019 Online

Sedia maklum, sistem iDANA Terengganu diwujudkan oleh kerajaan Negeri Terengganu bagi memudahkan orang ramai membuat permohonan bantuan seperti Dana Hari Raya, Transformasi Orang Muda (TOM - Bakti Remaja) dan Bantuan Persekolahan. Bantuan ini diwujudkan untuk membantu golongan seperti ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan orang miskin.

Semakan Bantuan iDANA Terengganu 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan Bantuan iDANA Terengganu beserta syarat am kelayakan permohonan:

Cara Semakan Bantuan iDANA Terengganu 2020

1. Pemohon perlu layari Aplikasi Semakan iDANA Terengganu secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://idana.terengganu.gov.my

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik pada butang 'SEMAK'.

Kategori Permohonan Bantuan iDANA Terengganu

Terdapat TIGA jenis kategori permohonan iDANA Terengganu seperti berikut:

A. Dana Raya

           Kategori                 Jumlah Bantuan

◾Orang Kurang Upaya         RM 300
◾Warga Emas                        RM 300
◾Ibu Tunggal                         RM 300
◾Orang Miskin                      RM 400

B. Bakti Remaja

◾Belum berkahwin yang    RM 200
berumur 21 - 40 tahun

C. Bantuan Persekolahan

◾Bantuan anak yang           RM 100
bersekolah (Max. 2
anak sahaja)

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Dana Terengganu 2020 Online

Maklumat Lanjut

Panduan lengkap cara permohonan dan soalan lazim (FAQ) boleh dirujuk di Manual Permohonan PDF dan FAQ:

Manual Cara Memohon
Soalan Lazim (FAQ)

Selamat membuat Semakan Bantuan iDANA Terengganu 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dana Terengganu iDANATTB!

No comments

Powered by Blogger.