Cara Membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2019

Cara Membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2019|APA itu Skim Khairat Kematian (SKK)? Panduan buat anda yang ingin membuat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH bagi tahun 2019. Untuk makluman anda, Skim Khairat Kematian akan memberi manfaat kepada waris penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan jumlah RM 1,000 yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2019.

Cara Membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2019

Tuntutan Skim Khairat Kematian boleh dibuat bermula 1 Februari 2019 dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Sedia maklum, Skim Khairat Kematian adalah skim yang menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang digunapakai pada tahun 2014. Tempoh kemaskini waris BSH 2019 secara online dan di cawangan LHDNM adalah sehingga 15 Mac 2019.

Cara Membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara atau panduan membuat tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2019:

Prosedur Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2019

◾Tuntutan Skim Khairat Kematian boleh dibuat bermula 1 Februari 2019 dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

◾Tempoh kemaskini waris BSH 2019 secara online dan di cawangan LHDNM adalah sehingga 15 Mac 2019.

◾Pembayaran SKK akan dilaksanakan oleh pihak BSN setelah mendapati maklumat adalah SAH.

◾Waris boleh menuntut SKK dan juga baki bayaran BSH 2019 fasa pertama SAHAJA

Dokumen Penting Ketika Membuat Tuntutan SKK

Berikut adalah dokumen penting yang diperlukan ketika membuat tuntutan SKK:

◾Kad Pengenalan Asal Waris
◾Sijil Kematian Asal/ salinan dari JPN
◾Dokumen Pembuktian Pertalian Antara
     Penerima dan Waris seperti berikut:
👉Ibu/bapa - Sijil Lahir Penerima
👉Pasangan - Sijil Perkahwinan/ Sijil Lahir
     Anak
👉Anak Angkat - Sijil Lahir Anak Angkat
👉Adik-beradik - Sijil Lahir Penerima dan
     Waris
👉Anak tiri - Sijil Lahir Wakil
👉Cucu - Sijil Lahir Wakil

Info Penting:
- Penerima merupakan penerima BSH dalam kategori isi rumah dan warga emas
- Waris bagi penerima BSH 2019 meninggal dunia dalam tempoh 1 hingga 31 Januari 2019 yang layak menerima SKK
- Waris akan menerima sebanyak RM 1,000

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline MOF: 03 - 8882 4565/ 03 - 8882 4565
Emel: bsh@treasury.gov.my

Semoga perkongsian Cara Membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH tahun 2019 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.