Contoh dan Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022



Contoh dan Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022|ADAKAH anda calon bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2022? Perhatian buat calon yang bakal menduduki mata pelajaran atau subjek Pengajian Am STPM tahun 2022. Untuk makluman anda, pelajar diwajibkan melaksanakan dan menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022 (Kertas 4 - 900/4) mengikut masa dan syarat yang ditetapkan.

Contoh dan Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2019

Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus sebagai satu daripada komponen penilaian untuk semester 2. Sedia maklum, wajaran markah bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 20%.

Contoh dan Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh beserta tema/ tajuk Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022:

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2022

1. Kerja kursus Pengajian Am wajib diambil oleh semua calon.

2. Kerja kursus Pengajian Am hendaklah dilaksanakan dalam semester 2.

3. Tema kerja kursus Pengajian Am tahun 2019 adalah berdasarkan tajuk yang
dipelajari dalam semester 2.

4. Pilih satu daripada tema di bawah ini dan sediakan kerja kursus yang panjangnya tidak melebihi 5000 patah perkataan.

◾Tema 1 - Prasarana: Air
◾Tema 2 - Integrasi dan Perpaduan:
     Kawasan kediaman

Arahan Am Kepada Calon STPM 2022

1. Calon digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan.

2. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:

2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
2.2 Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
2.3 Tulisan: Times New Roman (font 12)
2.4 Langkau (spacing): 1.5

3. Panjang penulisan tidak melebihi 5000 patah perkataan, iaitu tidak termasuk jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, sinopsis, kandungan, dan penghargaan.

4. Calon boleh menggunakan ilustrasi/ gambar rajah untuk menyokong penulisan. Format penghasilan gambar rajah, jadual, peta, dan foto adalah seperti pada Lampiran 5.

5. Calon dikehendaki menulis rujukan mengikut kaedah Gaya Dewan. Format penulisan rujukan adalah seperti pada Lampiran 6.

6. Panjang abstrak adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, kaedah kajian, penemuan utama, dan kesimpulan yang ditulis dalam satu perenggan.

7. Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:

7.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
7.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
7.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
7.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
7.5 Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5)
7.6 Kerja kursus Pengajian Am

8. Setiap helaian kertas jawapan kerja kursus hendaklah dicatatkan nombor kad pengenalan di bahagian atas sebelah kanan kertas tersebut (nama calon tidak perlu).

9. Kerja kursus yang telah disiapkan perlu diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

Download Jadual Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022

Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan kepada calon Kerja Kursus Pengajian Am STPM boleh memuat turun/ download Jadual Kerja Kursus Pengajian Am 2022 dalam bentuk PDF, sila klik DISINI.

Semoga perkongsian Contoh dan Tema Kerja Kursus Pengajian Am STPM 2022 ini dijadikan panduan buat semua calon STPM!

No comments

Powered by Blogger.