Permohonan BPPT 2019 Kad Debit Pelajar Online

Permohonan BPPT 2019 Kad Debit Pelajar Online|BILAKAH tarikh permohonan BPPT Kad Debit Pelajar tahun 2019 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin membuat permohonan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) Kad Debit Pelajar bagi tahun 2019. Berikut dikongsikan cara permohonan BPPT 2019 Kad Debit Pelajar 2019 buat rujukan anda.

Permohonan BPPT 2019 Kad Debit Pelajar Online

Sedia maklum, Kementerian Kewangan telah meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) sebanyak RM100 bagi setiap penuntut warganegara Malaysia di IPT. BPPT akan disalurkan pada hujung bulan Mac depan dengan menggunakan mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat, penambahbaikan daripada sistem baucar buku yang terdahulu.

Permohonan BPPT 2019 Kad Debit Pelajar Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitsn cara permohonan, syarat kelayakan permohonan beserta dokumen penting yang diperlukan:

Cara Permohonan BPPT Kad Debit Pelajar 2019

1. Pemohon perlu isi borang permohonan
    secara atas talian (online) melalui pautan
    di http://www.bankrakyat.com.my

2. Kemudian, pemohon perlu menunggu
    email dari Bank Rakyat mengenai
    pengambilan KADS1M tersebut.

3. Status permohonan akan disahkan
    melalui emel permohonan oleh Bank
    Rakyat.

Syarat Kelayakan Permohonan Kad Debit Pelajar

Antara syarat kelayakan permohonan BPPT Kad Debit Pelajar adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M.

3. Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa.

Cara Pengambilan KADS1M 2019

Antara dokumen diperlukan ketika pengambilan KADS1M:

1. Umur di bawah 18 tahun:
◾MyKad ( Asal & 1 Salinan )
◾Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )
◾Sijil Kelahiran ( Asal & 1 Salinan )

2. Umur 18 tahun dan ke atas:
◾MyKad ( Asal & 1 Salinan )
◾Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )


Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status BPPT Kad Debit Pelajar 2019

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai BPPT Kad Debit Pelajar, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454 atau layari Laman Web Rasmi www.bankrakyat.com.my

Selamat membuat permohonan BPPT 2019 Kad Debit Pelajar secara online!

No comments

Powered by Blogger.