Permohonan Guru Interim KPM 2019 Online



Permohonan Guru Interim KPM 2019 Online|BILAKAH tarikh pengambilan Guru Interim KPM bagi tahun 2019? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Guru Interim KPM ambilan tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Guru Interim KPM 2019 bakal dibuka secara online mulai 7 Februari hingga tarikh tutup 15 Februari 2019 menerusi Portal Rasmi IPGM.

Permohonan Guru Interim KPM 2019 Online

Bagi warganegara Malaysia yang mencukupi syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak seperti yang diiklankan.

Permohonan Guru Interim KPM 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan Guru Interim KPM

◾Nama Majikan: Kementerian Pendidikan
     Malaysia (KPM)
◾Lokasi Kekosongan: Seluruh Negara
◾Tarikh Permohonan: 7 - 15 Februari 2019
◾Tempoh Interim: Tiga (3) tahun sahaja

Cara Permohonan Guru Interim KPM 2019

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi IPGM secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my

2. Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temu duga akan dimaklumkan secara emel dan calon
dikehendaki membawa salinan cetakan emel semasa temuduga.

3. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 15 Mac 2019 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan
mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon.

Syarat Kelayakan Permohonan Guru Interim KPM

Antara syarat kelayakan permohonan guru interim KPM adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Sihat tubuh badan
◾Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Februari 2019
◾Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Inggeris sahaja dengan CGPA minimum 2.5 atau yang setara dengannya daripada UA

ii. Memperoleh salinan cetakan pengiktirafan kelayakan secara dalam
talian dan bertepatan dalam tempoh pengiktirafan sekiranya memiliki ijazah atau diploma daripada UA atau IPTS tempatan

iii. Memiliki kelulusan akademik kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan

Cara Hubungi 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2, NO 2251
BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL
JALAN USAHAWAN 1, 63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon : 03-83217300/7200
E-mel : bpi.kpm@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan Guru Interim KPM tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.