Permohonan Skim FundMyHome Depositku 2019 Online

Permohonan Skim FundMyHome Depositku 2019 Online|APA itu Skim FundMyHome Depositku? Panduan buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Skim FundMyHome Depositku bagi tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Skim FundMyHome Depositku 2019 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi Fund My Home.

Permohonan Skim FundMyHome Depositku 2019 Online

Sedia maklum, skim FundMyHome-DepositKu adalah penyelesaian kepada pembeli sudah mendaftar bawah skim FundMyHome yang tidak mampu menyediakan bayaran 20 peratus daripada harga rumah. Skim FundMyHome-DepositKu pula membolehkan pembeli mendapatkan pinjaman hingga RM30,000 untuk membayar bayaran 20 peratus itu. Pinjaman berkenaan akan dibayar balik sepenuhnya pada akhir tahun kelima menduduki rumah.

Permohonan Skim FundMyHome Depositku 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Skim FundMyHome Depositku beserta cara hubungi:

Cara Permohonan Skim FundMyHome Depositku 2019

1. Layari Portal Rasmi Fund My Home secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.fundmyhome.com

2. Pilih rumah yang anda ingin beli.

3. Klik pada butang 'I Want to Reserve This Unit' dan ikuti arahan pembayaran.

4. Bayar yuran tempahan sebanyak 2% untuk menempah unit. Tempahan dilakukan pada asas first come first served.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai Fund My Home, sila hubungi di talian 03 - 7732 8820 atau layari Portal Rasmi Fund My Home di https://www.fundmyhome.com

Selamat membuat Permohonan Skim FundMyHome Depositku 2019 secara online! Tahniah bagi yang berjaya dalam permohonan!

No comments

Powered by Blogger.