Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 Online



Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 Online|ADAKAH anda ingin membuat permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome? Berita baik buat golongan bujang atau telah berkahwin berumur 21 hingga 45 tahun yang belum memiliki rumah pertama. Untuk makluman anda, permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Bank Simpanan Nasional (BSN).

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2019 Online

Skim Perumahan Belia dibawah BSN MyHome adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi belia yang bujang atau sudah berkahwin berusia di antara 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan. BSN menyediakan jumlah pinjaman sebanyak 100% daripada harga pembelian dan tambahan 5% daripada harga
pembelian untuk membiayai insurans.
Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pelanggan untuk tempoh 2 tahun.

Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi BSN secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.mybsn.com.my

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2020

Antara syarat kelayakan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2020 adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun

2. Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 10,000 sebulan

3. Pemilikan Hartanah Pertama sahaja

4. Pemegang Akaun BSN GIRO/ GIRO-i

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan adalah seperti berikut:

◾Salinan kad pengenalan
◾Sijil perkahwinan yang sah
◾Pemohon bekerja tetap/ pemohon bersama (pasangan sahaja)
- Penyata bank terkini untuk tempoh tiga (3) bulan
- Slip gaji dan penyata bank terkini untuk tempoh enam (6) bulan
- Penyata KWSP
◾Pemohon bekerja sendiri/ pemohon bersama (pasangan sahaja)
- Pendaftaran perniagaan
- Borang B/ BE + Resit LHDN
- Penyata kewangan syarikat
- Penyata bank syarikat untuk tempoh 6 bulan
- Dokumen lain iaitu laporan lawatan tapak i.e dll.
◾Bukti pembelian yang mengandungi salinan Perjanjian Jual Beli Harta (S & P), yang telah dicop.

◾Satu salinan laporan penilaian (untuk pembelian harta yang lengkap daripada individu / bukan pemaju) penilai panel BSN

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai BSN MyHome, sila rujuk Laman Web Rasmi www.mybsn.com.my.

Selamat membuat permohanan Skim Perumahan Belia BSN MyHome 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Perumahan Belia BSN MyHome!

No comments

Powered by Blogger.