Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2019



Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2019|ADAKAH anda berminat membuat permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP) bagi tahun 2019? Panduan buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Skim Rumah Pertamaku. Untuk makluman anda, permohonan Skim Rumah Pertamaku 2019 boleh dibuat dimana-mana cawangan bank-bank yang terlibat. Berikut dikongsikan cara permohonan Skim Rumah Pertamaku 2019 buat rujukan anda.

Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2019

Sedia maklum, skim Rumah Pertamaku adalah satu langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%.

Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Skim Rumah Pertamaku beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2019

1. Permohonan Skim Rumah Pertamaku boleh dibuat dimana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Rumah Pertamaku

Antara syarat kelayakan permohonan Skim Rumah Pertamaku adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia

2. Pembeli rumah pertama

3. Berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya)

4. Pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM5,000 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM10,000 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Skim Perlindungan Nasional B40 2019

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi melalui senarai bank yang terlibat dibawah:


Laman Web: http://www.srp.com.my

Selamat membuat Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2019! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Skim Rumah Pertamaku!

No comments

Powered by Blogger.