Semakan Mata Demerit KEJARA 2022 Online (Jadual)



Semakan Mata Demerit KEJARA 2022 Online (Jadual)|BAGAIMANA cara membuat semakan mata demerit KEJARA? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan mata demerit KEJARA tahun 2022 secara online. Untuk makluman anda, semakan mata demerit KEJARA boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ).

Semakan Mata Demerit KEJARA 2019 Online

Sedia maklum, Sistem KEJARA adalah singkatan kepada Sistem Kesalahan Jalan Raya yang merupakan satu prosedur pemberian mata demerit kepada pemandu kenderaan yang terjadual dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tujuan sistem ini diwujudkan adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan disamping meningkatkan kesedaran pemandu terhadap keselamatan jalan raya.

Semakan Mata Demerit KEJARA 2022 Online (Jadual)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan mata demerit KEJARA secara online:

Cara Semakan Mata Demerit KEJARA Online

1. Anda perlu layari Portal Rasmi JPJ secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.jpj.gov.my

2. Klik pada menu 'Kategori ID'.

3. Kemudian, masukkan No. ID anda dan Kod Sekuriti.

4. Selepas itu, tekan pada butang 'Semak'.

Tindakan Yang Dikenakan Mengikut Sistem KEJARA

Berikut dikongsikan tindakan yang dikenakan mengikut sistem KEJARA bermula 1 September 2018:

1. 20 mata pertama - Amaran akan dikeluarkan

2. 20 mata kedua - Gantung lesen kali pertama selama 6-8 bulan

3. 20 mata ketiga - Gantung lesen kali kedua selama 8-10 bulan

4. 20 mata keempat - Gantung lesen kali ketiga selama 10-12 bulan

5. 20 mata kelima dan seterusnya - Gantung lesen kali keempat dan seterusnya selama 10-12 bulan

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Saman Trafik PDRM dan JPJ

Selamat membuat Semakan Mata Demerit KEJARA tahun 2022 secara online!

No comments

Powered by Blogger.