Cara Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40

Cara Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40|PANDUAN buat anda penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), pemohon layak menuntut wang sehingga RM 8,000 melalui program MySalam Skim Perlindungan B40. Untuk makluman anda, proses tuntutan Skim MySalam boleh dibuat mulai 1 Mac 2019 melalui Portal Rasmi mysalam.com.my. Berikut dikongsikan cara tuntutan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 buat rujukan anda.

Cara Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40

Sedia maklum, skim ini akan memberi perlindungan takaful secara percuma kepada 3.69 juta isi rumah B40 yang berumur di lingkungan 18 hingga 55 tahun. Menerusi Skim MySalam, penerima yang berkelayakan akan mendapat bayaran harian berjumlah RM50 sehari terhad kepada 14 hari. Bayaran akan mengambil masa lebih kurang 14 sehingga 21 hari untuk dikreditkan ke dalam akaun penerima Skim MySalam.

Cara Buat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara atau panduan tuntutan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40:

Tarikh Permohonan Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40 2019

◾Tarikh Mula: 1 Mac 2019
◾Tarikh Tamat: 31 Disember 2019

Cara Membuat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan B40

1. Layari Portal Rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan No. Kad Pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS.

2. Klik pada butang pilihan Download Form dan muat turun borang Critical Illness - Doctors's Statement Form.

3. Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk mengisikan borang dengan lengkap.

4.  Kembali ke Laman Web mySalam dan pergi ke pilihan Claims > Claim Submission > Cl Claims

5. Isikan maklumat yang diminta dan muat naik dokumen berkenaan (Borang Pengesahan Doktor dan Salinan Kad Pengenalan Penerima).

6. Sila klik pada butang SUBMIT untuk hantar permohonan tuntutan.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 2019

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut layari laman web mySalam di https://www.mysalam.com.my atau hubungi di Talian Khidmat Pelanggan 1-300-88-8938.

Selamat membuat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 2019!

No comments

Powered by Blogger.