Cara Daftar dan Aktifkan Maybank MAE

Cara Daftar dan Aktifkan Maybank MAE|APA itu Maybank MAE? Sudahkah anda mendaftar Maybank MAE (e-wallet) sendiri? Panduan buat anda yang ingin mendaftar dan mengaktifkan akaun Maybank MAE dengan mudah. Berikut dikongsikan cara atau panduan mendaftar akaun Maybank MAE dengan mudah buat rujukan anda.

Cara Daftar dan Aktifkan Maybank MAE

Sedia maklum, MAE adalah singkatan kepada Maybank Anytime Everyone. Melaluinya, ia menawarkan sokongan dompet digital untuk memudahkan transaksi nirtunai oleh anda. Pengguna boleh menggunakan MAE untuk melakukan pembayaran di lebih 200,000 peruncit seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan Maybank QRPay. Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun Maybank dan mendaftar akaun MAE, anda juga akan diberikan penawaran kad debit digital daripada Visa untuk digunakan bagi pelbagai transaksi atas talian yang lain.

Cara Daftar dan Aktifkan Maybank MAE

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara atau panduan mendaftar dan mengaktifkan Maybank MAE:

1. Pertama kali, anda perlu muat turun aplikasi Maybank MY dan log masuk ke akaun Maybank anda.

2. Klik pada pilihan Experience MAE Now pada paparan tersebut.

3. Masukkan maklumat seperti email, kawasan tempat tinggal dan kod jemputan (pilihan sahaja).

4. Pada ruangan Invite Code, sila masukkan dan klik 'CONFIRM'.

5. Anda diminta untuk topup Maybank E-Wallet minima sebanyak RM10 untuk pengaktifan.

6. Sila klik 'Savings Account' dan masukkan jumlah RM10 minima dan klik “OK”

7. Kemudian sila klik 'Proceed' dan klik sekali lagi 'CONFIRM & PAY'.

8. Sekarang akaun Maybank MAE E-Wallet sudah diaktifkan.

9. Anda akan dapati ada ikon permainan kecil di sudut kanan bawah. So, klik padanya.

Cara Daftar dan Aktifkan Maybank MAE

10. Mulakan permainan! (klik pada wang syiling, elakkan klik bom dan klik pada Diamond boleh tambah 5 saat).

Cara Daftar dan Aktifkan Maybank MAE

Semoga perkongsian Cara Daftar dan Aktifkan Maybank MAE ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.