Kadar Dividen AHB 2023 (Amanah Hartanah Bumiputera)



Kadar Dividen AHB 2023 (Amanah Hartanah Bumiputera)|BERAPAKAH kadar dividen AHB bagi tahun 2023? Panduan buat anda yang ingin ketahui kadar dan tarikh bayaran dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) tahun 2023. Untuk makluman anda, Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. mengumumkan agihan pendapatan akhir sebanyak 2.50 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023. Berikut dikongsikan Kadar & Tarikh Bayaran Dividen AHB 2023 buat rujukan anda.

Kadar Dividen AHB 2023 (Amanah Hartanah Bumiputera)

Sedia maklum, Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM) mengumumkan pengagihan pendapatan interim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.50 sen setiap unit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2023. Ia termasuk pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.20 sen setiap unit dan pengagihan bonus sebanyak 0.30 sen setiap unit bagi setiap pelabur yang berbaki sehingga 500,000 unit. Kini, portfolio AHB telah berkembang sekitar 12.7 peratus setiap tahun daripada RM1.0 bilion pada 2011 kepada RM3.85 bilion pada tahun kewangan berakhir September 2022.

Kadar Dividen AHB 2023 (Amanah Hartanah Bumiputera)

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi tarikh bayaran dan jumlah kadar dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) 2023:

Jumlah Kadar & Tarikh Bayaran Dividen AHB 2023

Berikut dikongsikan Tarikh Bayaran dan Kadar Dividen AHB tahun 2023 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:

◾Tarikh Bayaran: 14 April 2023
◾Jumlah Kadar Dividen 2023 (sen/seunit): 2.50% (Interim)

◾Tahun 2022: 2.50% (interim)/ 2.50% (5.00%)
◾Tahun 2021: 2.35% (interim)

Kelebihan Melabur Dalam AHB

Antara Kelebihan Melabur Dalam AHB adalah seperti berikut:

1. Pelaburan disokong oleh harta komersil di lokasi utama di Malaysia

2. AHB adalah skim pelaburan yang telah disahkan sebagai patuh Syariah

3. Dana ini diurus oleh pengurus dana yang profesional dan berpengalaman

4. Hak dan kepentingan anda dipantau dengan teliti oleh Pemegang Amanah Dana

Semoga perkongsian Kadar Dividen AHB 2023 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.