Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2020 Online



Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2020 Online|ADAKAH anda berminat dan memerlukan bantuan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa? Panduan buat anda lepasan Diploma/ STPM/ Matrikulasi yang ingin membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2020 boleh dibuat secara online mulai 15 Mac 2019 sehingga tarikh tutup 30 April 2019 melalui Portal Rasmi Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2019 Online

Sedia maklum, biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS tempatan dalam negara.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan dan bidang pengajian:

Cara Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2020 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 https://www.yayasantar.org.my

2. Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan MESTI dihantar ke alamat berikut:-

Yayasan Tunku Abdul Rahman
A-10-10, Menara UOA Bangsar,
No. 5 Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Bangsar, Kuala Lumpur.

Syarat Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2020

Antara syarat kelayakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2020 adalah seperti berikut:

A. Syarat Asas

(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

B. Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum

(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* dan / atau yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan (masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian) serta mencapai PNGK 3.50 dan ke atas.

(ii) Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

(iii) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.

Info:
* Pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.

C. Syarat Tambahan

Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian & Penilaian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang diaturkan oleh pihak YTAR.

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa adalah mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah.

Selamat membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.