Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 Online

Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 Online|BERITA baik bagi setiap kelahiran bayi di negeri Johor dalam akaun SSPN-i bermula Januari 2019. Untuk makluman anda, permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) atau di semua wad-wad bersalin di hospital utama di Negeri Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor.

Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 Online

Sedia maklum, Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan beberapa agensi yang berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Harapan Johor.

Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 Online

1. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web http://portal.ypj.gov.my/dana-didik-harapan-johor/ dan di semua wad-wad bersalin di hospital utama di Negeri Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor mulai 1hb Januari 2019.

2. Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke mana-mana salah satu daripada lokasi yang di senaraikan di atas, dalam tempoh 15 hari dari tarikh lahir bayi.

Syarat Kelayakan Dana Didik Harapan Johor 2019

Antara syarat kelayakan permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 adalah seperti berikut:

1. Bayi yang lahir di Negeri Johor mulai 1 Januari 2019;

2. Ibu dan Bapa adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);

3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM7,000 sebulan;

4. Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun

Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 Online

Cara Hubungi

Untuk makluman lanjut, sila hubungi:

No. Telefon: 07 - 234 4355 atau 07 - 236 1081
Emel: info@ypj.gov.my
Laman Web: www.ypj.gov.my

Selamat membuat permohonan Dana Didik Harapan Johor 2019 secara online! Tahniah buat anda yang berjaya mendapat Dana Didik Harapan Johor!

No comments

Powered by Blogger.