Permohonan MTD 2023-2024 Online Maktab Tentera DiRaja (Semakan Keputusan)



Permohonan MTD 2023-2024 Online Maktab Tentera DiRaja (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Maktab Tentera Diraja tahun 2023 bakal dibuka? Berita baik buat pelajar Tingkatan Tiga (3) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) ambilan 2023. Untuk makluman anda, permohonan Maktab Tentera DiRaja 2023 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi MTD.

Permohonan MTD 2020-2021 Online Maktab Tentera DiRaja

Sedia maklum, kemasukan pelajar ke MTD atau Royal Military College (RMC) dibuka setiap tahun dan hanya terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga untuk kemasukan ke Tingkatan Empat (4). Maktab Tentera Diraja (MTD) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) dibawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan pendidikan beserta dengan latihan ketenteraan.

Permohonan MTD 2023-2024 Online Maktab Tentera DiRaja (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan MTD beserta syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan MTD 2023

◾Tarikh Dibuka: *Akan dikemaskini
◾Tarikh Ditutup: -

Cara Permohonan MTD 2023 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi MTD secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.rmc-education.edu.my

Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja 2023

Antara syarat kemasukan MTD adalah seperti berikut:

A. Kelayakan Akademik

1. Warganegara  Malaysia
2. Jantina Lelaki
3. Memperoleh jeputusan PT3 2018 - Sekurang-kurangnya 7A (termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains)

B. Syarat Fizikal dan Kesihatan

1. Tinggi - Minimum 152 cm
2. BMI - 18 - 27
3. Ukuran Dada - Minimum 74 cm (biasa), 79 cm (tarik nafas)
4. Berat - Minimum 40.5 kg
5. Kesihatan - Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit
6. Penglihatan - Tidak rabun warna dan berkaca mata hendaklah tidak melebihi jarak penglihatan 6/12

Semakan Keputusan MTD 2023 Online

*Akan dikemaskini

Artikel Berkaitan:

👉 Syarat Kemasukan Maktab Tentera DiRaja 2022

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Unit Pengambilan dan Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera
Maktab Tentera Diraja
No. Tel: 03 - 89465562/ 5565
Laman FB: 👉 https://www.facebook.com/RoyalMilitaryCollege/

Selamat membuat Permohonan Maktab Tentera DiRaja (MTD) tahun 2023 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran MTD!

No comments

Powered by Blogger.