Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2020 (YTP) Lepasan SPM



Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2020 (YTP) Lepasan SPM|ADAKAH and pelajar lepasan SPM bagi tahun 2019? Berita baik buat pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (YTP) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2019 boleh dibuat secara online mulai 5 hingga 16 Mac 2020 melalui Portal Rasmi MARA.

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2019 (YTP) Lepasan SPM

Sedia maklum, MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan SPM 2019 untuk mengikuti Program Pembangunan Bakat Muda (YTP) bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi terpilih.

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2020 (YTP) Lepasan SPM

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2020 (YTP)

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi MARA secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.mara.gov.my/

2. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.

3. Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP. Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar
permohonan.

4. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran MARA (YTP)

A. Syarat Umum

1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.

2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.

4. Lulus pemeriksaan kesihatan.

5. Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah (B40).

B. Syarat Khusus

1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2019.

2. Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

Info:
*Bagi mendapatkan maklumat tentang syarat kelayakan program, sila klik DISINI.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Telefon : 03-261 32487 / 32108 / 32099 / 32098
Email : postspm@mara.gov.my
Facebook : Postspmmara

Selamat membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2020 (YTP) bagi lepasan SPM 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.