Permohonan Program Biasiswa PIDM 2023 Online (Semakan Keputusan)



Permohonan Program Biasiswa PIDM 2023 Online (Semakan Keputusan)|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian dalam atau luar negara? Panduan buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin membuat permohonan Program Biasiswa PIDM tahun 2023. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2023 boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi PIDM.

Permohonan Program Biasiswa PIDM 2019 Online

Sedia maklum, Program Biasiswa PIDM bertujuan untuk menyokong penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi tempatan. Pembiayaan yang ditaja disalurkan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di IPT dalam negara.

Permohonan Program Biasiswa PIDM 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Biasiswa PIDM beserta syarat kelayakan permohonan, bidang pengajian dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Biasiswa PIDM 2023 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.pidm.gov.my

2. Sila hantar permohonan lengkap anda secara dalam talian bersama-sama dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan selewat-lewatnya 15 April 2019.

3. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Syarat Kelayakan Program Biasiswa PIDM 2022

Antara syarat kelayakan Program Biasiswa PIDM adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2019) dan merupakan penuntut sepenuh masa;

2. Hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) /STPM atau setara A-Level (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Level, pemohon harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi, atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 ke atas.

3. Penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dalam kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM;

4. Tidak dapat meneruskan pengajian kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan;

5. Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi atau yayasan lain;

Bidang Pengajian Yang Ditaja

Berikut disenaraikan bidang pengajian yang ditaja di bawah biasiswa PIDM:

Perakaunan, Perbankan, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan, Perniagaan Antarabangsa, Perbankan Islam, Perbankan dan Pengurusan Kewangan, Sains Komputer /Teknologi Maklumat, Ekonomi, Ekonomi Kewangan Antarabangsa, Statistik, Sains Aktuari, Undang-undang / Undang-undang Syariah, Pengurusan Sumber Manusia / Pembangunan Sumber Manusia, Matematik (Aktuari), Pengurusan Risiko dan Insurans, Insurans, Komunikasi.

Nilai Biasiswa

◾Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah;

◾Sehingga RM2000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;

◾Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan.

Senarai Kolej Atau Universiti Yang Diluluskan

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Malaya (UM)
5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
6. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
7. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
8. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
11. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
12. Universiti Sains Malaysia (USM)
13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
14. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
15. Universiti Utara Malaysia (UUM)
16. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
17. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
18. Universiti Malaysia Kelantan

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

1. Multimedia University (MMU)
2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
3. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
5. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
6. Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
7. UNITAR International University (UNITAR)

Semakan Keputusan Biasiswa PIDM 2023 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, teruskan ke alamat e-mel kami di: ss@pidm.gov.my atau anda boleh menghubungi Pn Beatrice Low di  03-2173 7475

Selamat membuat permohonan Program Biasiswa PIDM tahun 2023 secara online!

No comments

Powered by Blogger.