Permohonan Program JUMPER PUNB 2022 Online (Semakan Status)



Permohonan Program JUMPER PUNB 2022 Online (Semakan Status)|APA itu Program JUMPER 'Start Up' PUNB? Berita baik buat graduan muda Bumiputera yang berminat memulakan perniagaan tapi kekurangan modal. Untuk makluman anda, permohonan Program JUMPER PUNB 2022 boleh secara online melalui Laman Web PUNB. Berikut dikongsikan cara permohonan Program JUMPER PUNB 2022 online buat rujukan anda.

Permohonan Program JUMPER PUNB 2019 Online

Sedia maklum, Program JUMPER 'Start Up' PUNB merupakan sebuah program khas yang mensasarkan graduan muda Bumiputera yang memilih untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Inisiatif ini diwujudkan bagi melahirkan bakal usahawan muda yang dinamik dan berdaya tahan dalam bidang peruncitan dan pengedaran. Program ini akan membantu perantis untuk mendalami selok belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor).

Permohonan Program JUMPER PUNB 2022 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Program JUMPER PUNB beserta semakan status dan syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Program JUMPER PUNB 2022 Online

1. Layari Portal Rasmi PUNB secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.punb.com.my

Sebelum Mengemukakan Permohonan

◾Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB seperti yang tertera di portal PUNB. Maklumat juga boleh didapati daripada poster PUNB
◾Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.
◾Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.

Semasa Mengemukakan Permohonan

◾Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
◾Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
◾Sila pastikan anda telah membuat semakan sebelum menghantar borang permohonan.
◾Sila pastikan Salinan MyKad dan Salinan Sijil Akademik Tertinggi dihantar bersama semasa menghantar borang permohonan.

Keistimewaan Program JUMPER PUNB 2019

1. Perantis akan menerima elaun sara diri bulanan sebanyak RM1,200.

2. Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkutan selama 8 bulan.

3. Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani latihan termasuk kursus penyediaan Rancangan Perniagaan

4. Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 beserta pembiayaan minimum sebanyak RM40,000.

Syarat Kelayakan Program JUMPER PUNB 2022

Antara syarat kelayakan Program JUMPER PUNB adalah seperti berikut:

1. Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan ke arah global.

2. Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan.

3. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 1 dan 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan.

4. Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam pelbagai industri.

5. Sanggup menjalani latihan sepenuh masa
Mentor.

Semakan Status Pinjaman PUNB 2022 Online

*Akan dikemaskini

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
No. Tel: 03-2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
E-mel: jumper@punb.com.my

Selamat membuat Permohonan Program JUMPER PUNB 2022 secara online!

No comments

Powered by Blogger.