Permohonan Program Penajaan 9A+ JPA 2019 Online



Permohonan Program Penajaan 9A+ JPA 2019 Online|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian dalam atau luar negara? Panduan buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin membuat permohonan Biasiswa Program Penajaan 9A+ JPA tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan JPA Program Penajaan 9A+ 2019 kini boleh dibuat dibuka secara online mulai 15 Mac 2019 hingga tarikh tutup 30 Jun 2019.

Permohonan Program Penajaan 9A+ JPA 2019 Online

Sedia maklum, program penajaan ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2018 yang mendapat keputusan A+ dalam semua subjek dengan minimum sembilan (9) subjek. Pelajar yang layak sahaja akan ditaja di peringkat persediaan hingga ijazah pertama dalam bidang yang ditetapkan di Universiti Awam (UA) dan IPTS.

Permohonan Program Penajaan 9A+ JPA 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Program Penajaan 9A+ 2019 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi JPA secara atas talian (online) melalui pautan di http://esilav2.jpa.gov.my

2. Pastikan sebelum membuat permohonan secara online, anda perlu daftar akaun JPA terlebih dahulu.

3. Pelajar perlu memohon sendiri dan mendapatkan surat tawaran daripada institusi pengajian (peringkat persediaan) sebelum melengkapkan eprofiling sebelum atau pada 30 Jun 2019;

4. Setelah melengkapkan permohonan, pelajar perlu menghantar salinan dokumen (softcopy) ke alamat emel iaitu penawaranlsp@jpa.gov.my. Surat tawaran penajaan JPA akan dikeluarkan selepas salinan dokumen tersebut diterima lengkap.

5. Senarai dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

i. Slip Pengesahan Permohonan;
ii. Salinan Kad Pengenalan Pemohon; dan
iii. Surat Tawaran Institusi Pengajian.

6. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Syarat Kelayakan Program Penajaan 9A+ JPA 2019

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Biasiswa JPA adalah seperti berikut:

1. Syarat Umum Calon

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;

(iii) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;

(iv) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan

(v) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

2. Syarat Khusus Calon

(i) Menduduki peperiksaan SPM tahun 2018 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;

(ii) Memperoleh keputusan A+ dalam sekurang-kurangnya sembilan (9) mata pelajaran tanpa mengambil kira gred mata pelajaran selebihnya (sekiranya ada); dan

(iii) Memulakan pengajian peringkat persediaan sebelum atau pada 31 Disember tahun penawaran biasa.

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2019
👉 Permohonan Program Penajaan Nasional 2019

Selamat membuat permohonan Program Penajaan 9A+ JPA Tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.