Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM 2019



Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM 2019|ADAKAH anda calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Apakah senarai jawatan kerajaan bagi lulusan SPM? Perhatian buat lepasan SPM yang berminat memohon kerja di sektor perkhidmatan awam. Berikut dikongsikan senarai jawatan kosong kerajaan 2019 yang ditawarkan untuk pelajar lepasan SPM dan Sijil.

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM 2019

Sedia maklum, permohonan pekerjaan di sektor perkhidmatan awam hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Borang SPA8i.

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai jawatan kerajaan yang boleh dipohon untuk pelajar lepasan SPM dan Sijil:

1. Juruaudio Visual Gred N19
2. Jurubahasa Gred LA19
3. Jurulatih Kawad Gred S19
4. Jururawat Masyarakat Gred U19
5. Juruteknik Komputer Gred FT19
6. Laskar Kelas II Maritim Gred T1
7. Juruteknik Perubatan Gred U19
8. Merinyu Tali Air Gred Gred J19
9. Pegawai Bomba Gred KB19
10. Pegawai Imigresen Gred KP19
11. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
12. Pegawai Penjara Gred KA19
13. Operator Wayarles Gred N19
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
15. Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19
16. Pembantu Akauntan Gred W19
17. Pembantu Antidadah Gred S19
18. Pembantu Arkib Gred S19
19. Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
20. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
21. Pembantu Geosains Gred C19
22. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
23. Pembantu Juruaudit Gred W19
24. Pembantu Hidupan Liar Gred G19
25. Pembantu Kemahiran Gred H19
26. Pembantu Kesatria Gred S19
27. Pembantu Keselamatan Gred KP19
28. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
29. Pembantu Laut Gred A19
30. Pembantu Makmal Gred C19
31. Pembantu Meteorologi Gred C19
32. Pembantu Makmal Filem Gred C19
33. Pembantu Muzium Gred S19
34. Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
35. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
36. Pembantu Pendaftaran Gred KP19
37. Pembantu Penerangan Gred S19
38. Pembantu Penerbitan Gred N19
39. Pembantu Penguasa Kastam Gred W19
40. Pembantu Penilaian Gred W19
41. Pembantu Penyelidikan Gred Q19
42. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
43. Pembantu Penilaian Gred W19
44. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
45. Pembantu Penyelidik Gred Q19
46. Pembantu Penyelidik Sosial Gred N19
47. Pembantu Perangkaan Gred E19
48. Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
49. Pembantu Perikanan Gred G19
50. Pembantu Pustakawan Gred S19
51. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
52. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
53. Pembantu Syariah Gred LS19
54. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
55. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
56. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19
57. Pembantu Veterinar / Penolong Pegawai Veterinar (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
58. Pemeriksa Cap Jari Gred N19
59. Pemeriksa Kereta Motor (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
60. Pengawas Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
61. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
62. Penyelia Asrama Gred N19
63. Renjer Hutan / Penolong Pemelihara Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Syarat Kelayakan Permohonan Lulusan SPM

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

◾Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan.

◾Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

◾Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

◾Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM.

Nota :
Syarat-syarat di atas dikecualikan kepada bekas anggota polis atau tentera yang SEKURANG-KURANGNYA berpangkat Koperal dan ke atas yang memohon jawatan tersebut:

◾Pembantu Keselamatan Gred KP19
◾Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
◾Pembantu Kesatria Gred S19
◾Pembantu Penguatkuasa Gred N19

Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Jawatan Kosong Kelayakan PT3/PMR 2019
👉 Senarai Jawatan Kosong Kelayakan Diploma 2019

Semoga perkongsian Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Kelayakan SPM 2019 ini dijadikan panduan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.